Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt
Allah Maha Besar sebesar-besarnya. Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya. Dan maha suci Allah siang dan malam. Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada Allah dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah. Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya pada Allah tuhan seru sekelian alam. Sekali-kali tidaklah aku menyekutukanNya . Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Muslim (Islam)
Hari ini seawal jam 4.30 pagi ana bangun untuk melaksanakan rutin harian -tolong ibu kat kantin- =) untuk cuti semester ini ana nekad untuk membantu ibu di kantin. Pada mulanya, sebelum cuti semester lagi, ana sudah bercita cita untuk bertugas sebagai guru sandaran tidak terlatih di mana mana sekolah yang ditawarkan, Surat permohonan sudah dihantar. Cuma menunggu balasan. Sementara menunggu jawapan, ana membantu ibu di kantin. Ibu ana seorang pengusaha kantin di Sekolah Kebangsaan Tabuan, Keluarga ana menyewa di Tabuan Park *alasan : dekat dengan kantin dan kpg* =) kampung belah ibu ana dekattt jer. Kampung Tabuan Melayu. Hehe. So, kirenye hari-hari la ana balik kampung. 2 bulan berlalu, jawapan balasan untuk guru sandaran masih tidak kunjung tiba. Agak sedih. Tapi ana pujuk hati ana. Pasti ada hikmah di sebalik semua ini.
Isnin hingga jumaat bangun seawal 4.30 pagi dan terus berangkat ke kantin dan memulakan tugas harian sebagai *akak kantin* haha! Pada mulanya memang agak liat. Tetapi sekarang sudah menjadi kebiasaan. Alhamdulillah subuh ana terjaga. Solat di awal waktu memang sesuatu yang memberi nikmat. Menjadi kebiasaan ana, selalunya ana akan tidur lepas subuh *jujur jujur* =p *i mean setiap hari cuti* hehe. Tapi sekarang no more! Inilah hikmah nya. Alhamdulillah. Moga ana istiqamah. Latihan bangun awal selama ana cuti semester ni memang berbaloi sangat sangat. Inilah hikmah yang Allah nak tunjuk kat ana.
Apa apa pun salute sangat kat ibu ana. Ibu bangun lebih awal dari ana. Menyediakan pakaian kerja ayah dan pakaian sekolah adik. Tak pernah merungut. Balik rumah di petang hari dan terus memasak untuk makan malam. Sungguh ana terharu.Sungguh ana malu. Dapatkah ana menjadi seperti ibu ana? Penyabar juga redha dengan apa sahaja ujian dariNya. Hati wanita ana amat tersentuh tatkala mendengar luahan hati ibu. Dalam mengejar kesenangan, Allah pasti akan menguji hambaNya sama ada layak atau tidak untuk mendapat kesenangan itu. Alhamdulillah, ibu ana orang yang terpilih. Berkat kesabaran, berkat ketabahan ibu selama ini, Allah sampaikan hikmah buat ibu ana. Allah berikan rezeki yang melimpah ruah kepada ibu ana. Alahamdulillah.
" Ya Allah, pemilik kekuasaan alam buana, Engkau memberi kekuasaan kepada sesiapa yang Engkau suka dan Engkau merampas kekuasaan daripada siapa sahaja yang Engkau mahu. Ya Allah, Engkau berkuasa memuliakan dan menghinakan siapa sahaja yang Engkau mahu. Di tangan-Mu wahai Allah segala kebaikan dan kekayaan Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa untuk berbuat apa sahaja terhadap apa sahaja' (Surah Ali 'Imran, Ayat 26)
ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR!
P/s :Hati adalah sumber ilham dan pertimbangan. Ia juga adalah tempat lahirnya cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil serta ketenangan dan kebimbangan.
Wallahualam =)
0 comments:
Post a Comment