kuning kuning




Top List!


Get spotted HERE!

Jom Poret!

Widget

Wednesday 29 June 2011

Berkat

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt

Segala puji milik Allah. Kami memohon pertolonganNya, dan mohon ampun kepada Nya. Kami berlindung kepada Allah dari kejahatan diriku dan keburukan amalku.


Semalam telah selamat diadakan majlis isra mikraj PERKEPIS-MADRASAH AL KHAIRAT bertempat di Dewan Madrasah Al-Khairat, di atas Seri Backery, berdekatan dengan masjid Gita. Alhamdulillah seramai lebih 70 orang muslimin dan muslimat menghadiri majlis ini. 

Ana diberi tanggungjawab untuk mengendali bahagian makanan bersama sahabat sahabat seperjuagan ana, sis dijah, sis tinidan sis aisyah. Kamu berempat bertungkus lumus menyediakan hidangan untuk jamuan makan malam. Kak dijah, Aisyah dan tini menyediakan mihun goreng dan ayam goreng. Ana pula menyediakan begedil ayam *feveret ana* hehe! 

Ana diuji semasa menggoreng begedil ayam. Begedil yang ana goreng tu pecah =( bak kata orang sarawak *perey* huhu. Sedih sangat sangat. Sebab sebelum sebelum ni, tak penah pulak buat hal. Huhu. Ana cari mana silap ana. Last last ana kata kat ibu ana, ana nk guna tepung kentucky jer =) Nak kasi begedil tak pecah bila di goreng. Menggunakan tepung bestari hot n spicy, cukup membuat hati ana senag hati. Bentuk begedil pon cantik dan warna pun cantik =) Ujiannn..dugaaan.. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan ana.

Suasana di bilik makan cukup heboh =) segala persediaan mesti dirancang awal dan teratur. Terutamanya untuk VIP. Sheikh Muhammad Alwi Al Attas, satu satunya ulama yang ada di sarawak merupakan salah seorang VIP yang hadir selain Ustaz Azmi. Majlis kami pada malam itu, didatangi oleh krew TV Al-Hijrah iaitu Abang Abu yang senantiasa berkepit dengan cameranya. 

Tetamu semakin ramai datang. Ana dan sahabat sahabat lain kebingungan. Takut takut makanan tak cukup. Kerana kami berempat menerima arahan untuk menyediakan hidangn untuk 60 orang sahaja. Tetapi ditak menyangka bahawa kehadiran pada malam itu amat memberangsangkan. Majlis ilmu yang penuh barakah ini, alhamdulillah, Allah bagi cukup semuanya. Tidak ada yang terkecuali untuk makan. 

Melihat para tetamu makan dengan penuh selera, semakin ana memanjatkan kesykuran kepadaNya, di atas rahmat yang Dia limpahi ke atas majlis ilmu yang kami hadiri. Alhamdulillah. Terima kasih Allah =) Nak tahu apa yang best berlaku pada malam tu? =p Brothers perkepis cuci semua pinggan mangkuk. Hehe. Di sini ana rasakan ada nilai toleransi dan kerjasama. Sisters memasak-brother membasuh. Alhamdullillah, semuanya berjalan dengan lancar. Terima kasih bro! =)


Balik ke rumah selewat jam 12 malam adalah perkara biasa bagi kami yang bergiat aktif dalam aktiviti persatuan. Alhamdulillah, sekali lagi ana memanjat kesyukuran ke atas Illahi di atas kurniaan ibu dan ayah yang sangat memahami gerak kerja ana dan juga tanggungjawab ana terhadap masyarakat di luar sana. Kadang kadang apa yang menjadi keutamaan ana sudah buka menjadi keutamaan. Tetapi ini tidak bermakna ana mengbaikan keluarga ana. Hubungan kekeluargaan ana akan sentiasa jaga. Perasaan ibu dan ayah tidak pernah ana ketepikan. Sebagai anak yang sulong, ana mesti menjaga hubungan dengan ibu dan ayah untuk menjadi ikutan adik adik yang lain. 


TERKINI : Ana baruuu je balik dari kedai buku. Hehe. Tertarik dengan sebuah buku berjudul 12 Tokoh Pengubah Dunia karya Khalid Haddad. Excited sangat nak baca. Jom membaca! Budayakan tabiat membaca dalam diri kalian mulai sekarang!

P/s : Kekayaan tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. Dengan adanya keberkatan, harta/rezeki yang sedikit akan dirasakan seolah-olah banyak dan mencukupi. Sebaliknya tanpa keberkatan akan dirasakan sempit dan susah meskipun banyak harta.  

Wallahualam =)

Monday 27 June 2011

Seawal pagi

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt



Allah Maha Besar sebesar-besarnya. Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya. Dan maha suci Allah siang dan malam. Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada Allah dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah. Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya pada Allah tuhan seru sekelian alam. Sekali-kali tidaklah aku menyekutukanNya . Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Muslim (Islam)

Hari ini seawal jam 4.30 pagi ana bangun untuk melaksanakan rutin harian -tolong ibu kat kantin- =) untuk cuti semester ini ana nekad untuk membantu ibu di kantin. Pada mulanya, sebelum cuti semester lagi, ana sudah bercita cita untuk bertugas sebagai guru sandaran tidak terlatih di mana mana sekolah yang ditawarkan, Surat permohonan sudah dihantar. Cuma menunggu balasan. Sementara menunggu jawapan, ana membantu ibu di kantin. Ibu ana seorang pengusaha kantin di Sekolah Kebangsaan Tabuan, Keluarga ana menyewa di Tabuan Park *alasan : dekat dengan kantin dan kpg* =) kampung belah ibu ana dekattt jer. Kampung Tabuan Melayu. Hehe. So, kirenye hari-hari la ana balik kampung. 2 bulan berlalu, jawapan balasan untuk guru sandaran masih tidak kunjung tiba. Agak sedih. Tapi ana pujuk hati ana. Pasti ada hikmah di sebalik semua ini. 

Isnin hingga jumaat bangun seawal 4.30 pagi dan terus berangkat ke kantin dan memulakan tugas harian sebagai *akak kantin* haha! Pada mulanya memang agak liat. Tetapi sekarang sudah menjadi kebiasaan. Alhamdulillah subuh ana terjaga. Solat di awal waktu memang  sesuatu yang memberi nikmat. Menjadi kebiasaan ana, selalunya ana akan tidur lepas subuh *jujur jujur* =p *i mean setiap hari cuti* hehe. Tapi sekarang no more! Inilah hikmah nya. Alhamdulillah. Moga ana istiqamah. Latihan bangun awal selama ana cuti semester ni memang berbaloi sangat sangat. Inilah hikmah yang Allah nak tunjuk kat ana. 

Apa apa pun salute sangat kat ibu ana. Ibu bangun lebih awal dari ana. Menyediakan pakaian kerja ayah dan pakaian sekolah adik. Tak pernah merungut. Balik rumah di petang hari dan terus memasak untuk makan malam. Sungguh ana terharu.Sungguh ana malu. Dapatkah ana menjadi seperti ibu ana? Penyabar juga redha dengan apa sahaja ujian dariNya. Hati wanita ana amat tersentuh tatkala mendengar luahan hati ibu. Dalam mengejar kesenangan, Allah pasti akan menguji hambaNya sama ada layak atau tidak untuk mendapat kesenangan itu. Alhamdulillah, ibu ana orang yang terpilih. Berkat kesabaran, berkat ketabahan ibu selama ini, Allah sampaikan hikmah buat ibu ana. Allah berikan rezeki yang melimpah ruah kepada ibu ana. Alahamdulillah. 

" Ya Allah, pemilik kekuasaan alam buana, Engkau memberi kekuasaan kepada sesiapa yang Engkau suka dan Engkau merampas kekuasaan daripada siapa sahaja yang Engkau mahu. Ya Allah, Engkau berkuasa memuliakan dan menghinakan siapa sahaja yang Engkau mahu. Di tangan-Mu wahai Allah segala kebaikan dan kekayaan Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa untuk berbuat apa sahaja terhadap apa sahaja' (Surah Ali 'Imran, Ayat 26)

ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR!

P/s :Hati adalah sumber ilham dan pertimbangan. Ia juga adalah tempat lahirnya cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil serta ketenangan dan kebimbangan.

Wallahualam =)

Alhamdulillah

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya. 

Sedikit perkongsian tentang perjalanan Majlis Doa Kesyukuran sepupu ana, Muhammad Khairyl Fakhri bin Nor Mohamed yang telah berlangsung semalam yakni pada 26 Jun 2011. Anak sulong kepada pasangan Khatijah bin Kontil (adik bongsu ayah) dan Nor Mohamed bin Aini. Kelahiran ini memang dinanti nantikan oleh seluruh ahli keluarga. Kelahiran ini benar-benar mengembalikan sinar dalam keluarga ana, Setelah pemergian nenda tercinta, Kontil bin Pudin pada tanggal 22 Febuari 2011, Allah kurniakan kami sekeluarga kelahiran ini, pada tanggal 14 March 2011. Alhamdulillah, setinggi tinggi kesyukuran kami panjatkan kepada Pencipta alam semesta di atas kurniaan ini. 


Majlis Doa Kesyukuran ini diadakan di No. 51 Kampung Tanah Putih. Kota Samarahan. Persiapan rapi ssudahpun dilakukan sejak sehari sebelum majlis bermula. Jiran jiran dan sanak saudara datang bertandang ke rumah untuk membantu mana mana yang patut. Sungguh, ana sangat terharu dengan kerjasama yang diberikan. Alhamdulillah. Inilah nikmat berjiran. Hidup di kampung sangat berbeza dengan bandar. Bermula dengan mengemas, memasak, menghidang, membasuh dan mengemas -  semunya atas bantuan jiran-jiran dan sanak saudara yang datang. Ana kagum dan terharu. 

Majlis berjalan dengan lancar dimulakan dengan bacaan zikir, kemudian upacara tepung tawar. Last but not least, makan! =) Menu yang sangat menyelerakan membuatkan ana orang yang pertama makan pada hari tu =p majlis bermula pada jam 10.30 pagi, Ana makan pada jam 9 pagi! Semangat giler. Jiwa ini tidak tertahan melihat seperiuk ayam masak merah yang sangat menggoda itu. Hehehe. Ayam masak merah memang kegemaran ana. Ana boleh je tahan makan ayam masak merah hari hari kat cafe merah kolej allamanda =) Tak pernah jemu. Sentiasa berselera. 


Tua-muda, besar-kecil semuanya ada =) masing masing memainkan peranan untuk memastikan majlis berjalan dengan lancar. Terima kasih banyak banyak. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas kebaikan kalian. InsyaAllah, Allah menjanjikan pahala yang berlipat ganda kepada mereka yang berbuat kebaikan. 

Pepatah Melayu ada menyebut, ‘bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat’. Tafsiran pepatah ini merujuk pentingnya hidup bertunjangkan nilai kemuafakatan,  kesefahaman dan tolak ansur sesame manusia. Nilai muafakat itu penting dalam konteks hidup berjiran.


Mengambil berat hidup berjiran sebenarnya perlu dipupuk dalam kalangan anak kecil kerana  pada usia itu mereka mudah menyerap sebarang pendidikan untuk diamalkan dalam kehidupan seharian, ibarat melentur buluh daripada rebungnya.



Hidup berjiran saling tak ubah seperti ‘aur dengan tebing’ saling perlu memerlukan. Mana perkara yang silap, ditegur secara berhemah dan berhikmah, mana yang betul pula dijadikan panduan semoga kehidupan sentiasa di bawah keredaan Allah SWT.




Anak muda sekarang perlu diterapkan mengenai kepentingan berjiran Mereka wajib tahu jiran itu terbahagi kepada beberapa kategori yang mempunyai hak dan keutamaan tersendiri. Menurut hadis Rasulullah SAW, kategori  pertama adalah jiran bukan Islam yang mempunyai satu hak iaitu hak berjiran.



Kategori kedua adalah jiran beragama Islam yang mempunyai dua hak iaitu hak jiran dan hak Islam. Manakala kategori ketiga pula, jiran beragama Islam  yang mempunyai hubungan kekeluargaan, memiliki tiga hak iaitu hak jiran, Islam dan kekeluargaan.


Perbezaan hak ini perlu dijelaskan kepada anak muda sekaran ini dan juga masyarakat tentang kepentingannya dalam menyatupadukan komuniti kejiranan setempat tanpa mengabaikan walau satu pun hak mana-mana pihak.



Sejak dari kecil lagi, ayah selalu berpesan kepada ana dan adik-adik yang lain supaya jangan berat tulang untuk membantu jiran. Jika ada kenduri atau majlis majlis di kampung, pasti kami akan turun padang untuk membantu mana mana yang boleh dibantu. Walau sekecil mana pun bantuan yang kita hulurkan, Insyaallah, Allah pandang dan beruntunglah kamu. Apa yang penting? Ikhlaskan hati kerana Allah swt. Jika anak-anak sekarang faham kepentingan menjaga hak dan keharmonian sesama jiran tetangga, diyakini mereka akan dapat memupuk nilai murni hidup bermasyarakat seperti disyariatkan Islam.



Ia selaras sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:


“Hendaklah seseorang itu berperilaku baik terhadap jiran tetangganya.”(Hadis Mutafaqun ’alaih)


Back to story >>>> Majlis berakhir sekitar jam 12 tgh hari. Walaupun penat, tetapi hati puas! Sekalung penghargaan kepada mereka yang telah menjayakan majlis ini secara langsung mahupun tidak langsung. Moga kita sentiasa berada di bawah lindunganNya. Aminn =)



P/s : Hubungan kekeluargaan itu penting. Kalau ia kukuh dan subur dengan kasih sayang, sudah tentu insan-insan yang lahir daripadanya juga bagus serta berkualiti. 

Wallahualam =)

Sunday 26 June 2011

Menunggu

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

Ya Allah, segala puji bagiMu sebagai tanda syukur dari kami dipagi hari yang indah ini, Engkau pencurah nikmat sebagai anugerahMu. Ya Allah, anugerahkanlah kami rezeki duniawi yang sebaik-baiknya dan rezeki ukhrowi yang senikmat-nikmatnya, cerahkanlah hati dan fikiran kami, budi pekerti yang luhur, sihat tubuh badan dan perlindungan yang sempurna. Amin.

Sedang menunggu jam 10.30pagi. Sekejap saja lagi Majlis Doa Kesyukuran Mohamad Khairyl Fakhri akan berlangsung, Penantian satu penyeksaan. Oh tidak! Seawal subuh bangun untuk memastikan segala persiapan kenduri berjalan dengan lancar. Berat sungguh nak bangun solat hari ini. 3 kali ibu ana mengetuk pintu bilik untuk menyedarkan ana dari tidur yang lena. Ana tertidur di atas lantai. Sakitnya tulang belakang. Ana lihat di atas katil queen size ana ada 3 orang anak dara sedang tidur -Ami, Ayot, Nana *sepupu perempuan ana* mereka bertiga la yang bertungkus lumus membantu ana mengelap pinggan mangkuk pada pagi ini,

Keluarga belah ayah ana, majoriti didominasi oleh kaum hawa =) ana selaku cucu yang paling sulong. Hihi <3 Setiap kali kenduri senang la sikit. Ramai anak dara nak tolong. Hihi. Apa apa pun, ana memang suka sangat bila keluarga berkumpul. Setelah datuk ana meninggal dunia pada febuari yang lalu, ayah la orang kuat yang akan memastikan mereka adik beradik sentiasa keep in touch. Tak kesah la nak buat apa apa aktiviti pon. Selalunya kitorang buat 'berambeh makan' kat umah Ngah Yot *adik perempuan ayah no.2* kat kpg buntal. Suasana kampung yang menyegarkan dan udara yang bersih semakin mengeratkan lagi ikatan hati hati antara kami sekeluarga. Alhamdulillah,

Ana bersyukur dengan kurniaan keluarga yang bahagia ini. Ya Allah, kau kekalkanlah kemesraan antara hati hati kami. Aminn. 

Ohya, sambungan cerita semalam. Ana tak jadi pegi bengkel strategik tu. Ada urusan keluarga yang perlu di selesaikan. Keutamaan ana tetap pada keluarga tercinta. Kerana ana punyai pilihan. Menghadiri seminar tidak wajib untuk ana. Tetapi tanggungjawab ana kepada keluarga lebih utama pada waktu itu =)


P/s : Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya.

Wallahualam =)

Friday 24 June 2011

selamat datang lagi!

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Salawat dan Salam keatas Junjungan kami Saiyidina Muhammad dan keatas keluarganya dan para sahabatnya semua.

Ya Allah kami memohon mendapat kereredhaan Mu dan Syurga. Dan kami berlindung dengan Mu dari kemurkaan Mu dan api neraka.  Ya Allah ampunkanlah kami dari dosa-dosa dan kesalahan kami semuanya.  Aminn.

Jam 4 pagi tersedar dari tidur yang lena. Ana baru teringat ana tak isyak lagi. Astaghfirullah~ kepenatan semalam. Tdo awal sekitar jam 9 mlm sementara menunggu sahabat ana Hartini habis menonton Kitab Cinta *xtau channel mane* jam di handphone sudah di kunci dan berniat utk bgn pada jam 9.30mlm. Tapi mungkin terlalu penat, ana tertidur sehingga pagi.  Message di inbox FULL! Haha. Maaf ye Tini, ana tertidur. Maaf kak dijah, ana tertidur. Maaf ye sahabat yang lain, ana tertidur. Lepas ni, ana reply msg korang =) Alhamdulillah Allah masih memberi kesempatan pada diri ana untuk hidup pada hari ini. 

Bergegas ke bilik air. Ana berwudhuk untuk menunaikan solat isyak. Khalas~ Sementara menunggu subuh, tiba-tiba terdetik di hati ini untuk kembali ber'blogging' macam dulu dulu =) selalunya, apa yang kita tak rancang, itulah yang akan terjadi *mayb dis only applies to me* =) selesai solat subuh-bacaan al-mathurat, ana terus ke meja laptop. Going 20-s =) ALHAMDULILLAH, Mencecah umur 21 tahun pada hujung tahun ini, Insyaallah, ana ingin nukilankan sesuatu buat diri ana. Kerja-kerja dakwah ana. Cerita hidup ana. Semua ini akan ana abadikan di sini. Insyaallah. Pokoknya istiqamah. =)

Activity of the day =)

Insyaallah hari ana dan keluarga akan ke SMKA SHOAW, sekolah adik anak Maizatul Aqilah. Hari Permuafakatan. Excited sangat bila adik hantar msg last few days cakap ada hari permuafakatan kt sekolah. Rindu sangat sangat nak kembali ke zaman sekolah dulu dulu. Ana masih ingat lagi, kalau dalam report card ada di tanda gred B, ayah ana takkan hadir hari permuafakatan. haha. sedeh. Selalunya ibu ana yang setia menemani untuk hadir pada hari permuafakatan. Tapi alhamdulillah, masa ana sekolah rendah dulu, memang setiap tahun ayah ana akan turun padang untuk hadir hari permuafakatan. Tapiiiiii......bila dah masuk sekolah menengah, ibu la peneman setia *alasan : ada gred B dalam report card ayah tanak g amik* haha! Apa-apapun itulah cara didikan ayah ana. Seorang yang sangat tegas dalam pelajaran anak-anaknya.Memang ana akui, kadang-kadang kekerasan penting dalam didikan. Tetapi kekerasan yang diselitkan dengan nilai kasih sayang. Ayah seorang yang tegas. Ibu seorang yang lembut. Alhamdulillah, ana bersyukur sangat sangat dikurniakan ibu dan ayah yang benar-benar memberi didikan sehingga kami menjadi apa yang kami jadi pada hari ini. Subhanallah. Segala pengorbanan ibu dan ayah akan kami balas setimpal dengan apa yang dikorbankan. Insyaallah.

Ana telah mendapat jemputan untuk Bengkel Strategik anjuran ABIM SARAWAK yang akan diadakan pada hari ini jam 2 petang di Yayasan Sarawak. Hati ini berbelah bagi. Pagi ini ana akan ke SMKA SHOAW dan jam 2 ke Bengkel Strategik. Tetapi dengan keadaan ayah ana yang tengah demam sekarang ni, hati ini masih belom mendapat jawapan sama ada untuk mengahadiri bengkel tersebut. Balik kampung pada setiap hujung minggu memang sudah menjadi rutin. Esok akan diadakan kenduri doa kesyukuran anak saudara ana. Dilemma. Hoho. Moga Allah beri pentunjuk dan jawapan sebelum jam 2 ptg =) hehe.


P/S : Mendidik seorang anak memerlukan perhatian, ketekunan, kesabaran dan kesungguhan yang tinggi. Memang ia sukar dan meletihkan. Kalau tidak kerana limpahan naluri kasih sayang yang Allah semai di hati si ibu dan si ayah, mungkin tiada ibu dan bapa yang sedia menjaga dan mendidik anak =)
Wallahualam. 

 

Pink Girlz Blogger Template | Blogger Clicks Design