Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t
Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.
Sedikit perkongsian tentang perjalanan Majlis Doa Kesyukuran sepupu ana, Muhammad Khairyl Fakhri bin Nor Mohamed yang telah berlangsung semalam yakni pada 26 Jun 2011. Anak sulong kepada pasangan Khatijah bin Kontil (adik bongsu ayah) dan Nor Mohamed bin Aini. Kelahiran ini memang dinanti nantikan oleh seluruh ahli keluarga. Kelahiran ini benar-benar mengembalikan sinar dalam keluarga ana, Setelah pemergian nenda tercinta, Kontil bin Pudin pada tanggal 22 Febuari 2011, Allah kurniakan kami sekeluarga kelahiran ini, pada tanggal 14 March 2011. Alhamdulillah, setinggi tinggi kesyukuran kami panjatkan kepada Pencipta alam semesta di atas kurniaan ini.
Majlis Doa Kesyukuran ini diadakan di No. 51 Kampung Tanah Putih. Kota Samarahan. Persiapan rapi ssudahpun dilakukan sejak sehari sebelum majlis bermula. Jiran jiran dan sanak saudara datang bertandang ke rumah untuk membantu mana mana yang patut. Sungguh, ana sangat terharu dengan kerjasama yang diberikan. Alhamdulillah. Inilah nikmat berjiran. Hidup di kampung sangat berbeza dengan bandar. Bermula dengan mengemas, memasak, menghidang, membasuh dan mengemas - semunya atas bantuan jiran-jiran dan sanak saudara yang datang. Ana kagum dan terharu.
Majlis berjalan dengan lancar dimulakan dengan bacaan zikir, kemudian upacara tepung tawar. Last but not least, makan! =) Menu yang sangat menyelerakan membuatkan ana orang yang pertama makan pada hari tu =p majlis bermula pada jam 10.30 pagi, Ana makan pada jam 9 pagi! Semangat giler. Jiwa ini tidak tertahan melihat seperiuk ayam masak merah yang sangat menggoda itu. Hehehe. Ayam masak merah memang kegemaran ana. Ana boleh je tahan makan ayam masak merah hari hari kat cafe merah kolej allamanda =) Tak pernah jemu. Sentiasa berselera.
Tua-muda, besar-kecil semuanya ada =) masing masing memainkan peranan untuk memastikan majlis berjalan dengan lancar. Terima kasih banyak banyak. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas kebaikan kalian. InsyaAllah, Allah menjanjikan pahala yang berlipat ganda kepada mereka yang berbuat kebaikan.
Pepatah Melayu ada menyebut, ‘bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat’. Tafsiran pepatah ini merujuk pentingnya hidup bertunjangkan nilai kemuafakatan, kesefahaman dan tolak ansur sesame manusia. Nilai muafakat itu penting dalam konteks hidup berjiran.
Mengambil berat hidup berjiran sebenarnya perlu dipupuk dalam kalangan anak kecil kerana pada usia itu mereka mudah menyerap sebarang pendidikan untuk diamalkan dalam kehidupan seharian, ibarat melentur buluh daripada rebungnya.
Hidup berjiran saling tak ubah seperti ‘aur dengan tebing’ saling perlu memerlukan. Mana perkara yang silap, ditegur secara berhemah dan berhikmah, mana yang betul pula dijadikan panduan semoga kehidupan sentiasa di bawah keredaan Allah SWT.
Anak muda sekarang perlu diterapkan mengenai kepentingan berjiran Mereka wajib tahu jiran itu terbahagi kepada beberapa kategori yang mempunyai hak dan keutamaan tersendiri. Menurut hadis Rasulullah SAW, kategori pertama adalah jiran bukan Islam yang mempunyai satu hak iaitu hak berjiran.
Kategori kedua adalah jiran beragama Islam yang mempunyai dua hak iaitu hak jiran dan hak Islam. Manakala kategori ketiga pula, jiran beragama Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan, memiliki tiga hak iaitu hak jiran, Islam dan kekeluargaan.
Perbezaan hak ini perlu dijelaskan kepada anak muda sekaran ini dan juga masyarakat tentang kepentingannya dalam menyatupadukan komuniti kejiranan setempat tanpa mengabaikan walau satu pun hak mana-mana pihak.
Sejak dari kecil lagi, ayah selalu berpesan kepada ana dan adik-adik yang lain supaya jangan berat tulang untuk membantu jiran. Jika ada kenduri atau majlis majlis di kampung, pasti kami akan turun padang untuk membantu mana mana yang boleh dibantu. Walau sekecil mana pun bantuan yang kita hulurkan, Insyaallah, Allah pandang dan beruntunglah kamu. Apa yang penting? Ikhlaskan hati kerana Allah swt. Jika anak-anak sekarang faham kepentingan menjaga hak dan keharmonian sesama jiran tetangga, diyakini mereka akan dapat memupuk nilai murni hidup bermasyarakat seperti disyariatkan Islam.
Ia selaras sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Hendaklah seseorang itu berperilaku baik terhadap jiran tetangganya.”(Hadis Mutafaqun ’alaih)
Back to story >>>> Majlis berakhir sekitar jam 12 tgh hari. Walaupun penat, tetapi hati puas! Sekalung penghargaan kepada mereka yang telah menjayakan majlis ini secara langsung mahupun tidak langsung. Moga kita sentiasa berada di bawah lindunganNya. Aminn =)
P/s : Hubungan kekeluargaan itu penting. Kalau ia kukuh dan subur dengan kasih sayang, sudah tentu insan-insan yang lahir daripadanya juga bagus serta berkualiti.
Wallahualam =)
0 comments:
Post a Comment