Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah, hari ini selesai satu perkara *penghantaran surat surat sponsor kepada YB dan mereka yang berkenaan*. Insyaallah, Majlis Hal Ehwal Siswi (HEWI) Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) akan menganjurkan sebuah program tahunan HEWI iaitu Program Perkampungan Generasi Insan Solehah (PGIS) untuk kali yang ke 10 pada tahun ini. Kali ini, HEWI PERKEPIS akan bekerjasama dengan Pusat Latihan Sarawak, JAKIM.
Allah Maha Memudahkan. Semalam Alhamdulillah, termeterai satu hubungan kerjasama PERKEPIS –PLS, JAKIM untuk program-program remaja dan belia sepanjang tahun 2012. Di saat kami, krew PGIS pening memikirkan sumber kewangan untuk menampung kos perbelanjaan untuk program yang bakal diadakan pada 10-12 febuari nanti, kami menerima panggilan telefon dari Ustazah Kartini, merangkap Pengetua PLS, JAKIM untuk mengadakan satu mesyuarat bagi membincangkan mengenai lamaran kepada PERKEPIS untuk sama sama berkerjasama dengan pihak PLS untuk program program motivasi remaja dan belia untuk sepanjang tahun 2012. Ana mengambil kesempatan ini untuk membentangkan kertas kerja PGIS ’12 semasa meeting diadakan. Alhamdulillah, pihak PLS berminat untuk menjadikan program PGIS ’12 sebagai program kerjasama pertama kami pada tahun 2012 ini. Beberapa perbelanjaan akan ditanggung oleh PLS *penginapan, makanan 50 org peserta, tempat program, fail serta cetakan cetakan* kecuali pembiayaan makanan untuk 80 orang lagi peserta. insyaAllah,kami dari pihak HEWI PERKEPIS akan berusaha untuk mencari penaja makanan bagi menampung kos makanan sahaja =) Alhamdulillah.
Pada petang itu, ana bertemankan sahabat ana, Dayang Nuraida, Adli Hafiz dan Sharbaruddin sama sama membawa satu harapan iaitu untuk dapat bersama sama PLS bekerjasama dalam program program yang akan datang. Mesyuarat yang bermula pada jam 3.40 ptg, 12 Januari 2012 berlangsung selama 40 minit di bilik mesyuarat PLS bersama sama dengan kakitangan PLS yang lain. Tidak menyangka mesyuarat 40 minit itu, benar-benar membuatkan kami lega dan sangat bersyukur. Kami saling melengkapi, inilah kalimah yang *suwiitt* yang keluar dari mulut Pengetua PLS. Hihihihi =) Selesai penyerahan cenderahati dari PLS sebagai tanda persetujuan kerjasama PERKEPIS-PLS, kami sama sama menikmati hidangan petang. Lebar senyuman sepanjang perjalanan pulang. InsyaAllah, dengan adanya kesempatan ini, PERKEPIS tidak akan mensia-siakan peluang ini untuk sama sama menyumbang idea bagi menganjurkan program program untuk remaja dan belia khususnya.
0 comments:
Post a Comment