kuning kuning




Top List!


Get spotted HERE!

Jom Poret!

Widget

Thursday, 13 December 2012

12.12.12

Assalamualaikum wbt brothers and sisters


Segala puji bagi Allah Tuhan Sekalian Alam, Selawat dan Salam Untuk Nabi Muhammad saw, Ahli Keluarganya dan Sahabat-sahabatnya.



 ~Manusia lahir bersama tangisan, dicelahi juga kehidupannya dengan tangisan dan akan di hantar ke pusara oleh tangisan~



 Really looking forward for this date :) Alhamdulillah, Allah masih beri peluang untuk bertaubat. Semalam semasa dalam perjalanan pulang ke rumah dari kampus,ana disambar dengan perasaan yang ntah, "undescribable". Semasa memandu pulang, rasa gelisah, takut, berdebar, semua ada. Menangis tiba2~ Allah, aku semakin hampir untuk bertemuMU :( umurku meningkat tetapi usiaku berkurang.

Jam menunjukkan pukul 11.31 mlm. Ana masih berada di atas jalan raya, berhati-hati memandu di lorong kiri. Sepanjang perjalanan menangis menyesali usia 22 tahun yang sudah berlalu. Apakah amalanku selama ini diterima Allah?

Sampai di rumah, masing masing ahli keluarga ana sudah bersiap siap untuk masuk tidur. Ana terus masuk ke bilik dan terus pergi membersihkan diri. Menunaikan solat lalu membaca kalamNya untuk beberapa mukasurat sebelum tidur. 

Bertubi-tubi bunyi msg+whatsapp+line ; ucapan dan doa sempena hari lahir ana yang ke 22. Tetapi semuanya belum berbalas lagi, Bahagianya semua org sygg :) 

Keesokkan harinya, selesai solat subuh berjemaah. Ibu dan ayah mengucapkan selamat hari lahir buat ana. Ibu memelok ana dengan sekuatnya. Hampir sahaja air mata ini jatuh di bahu ibu, tapi ana tahan. *segannya* huhu. 

Seawal usia 24 tahun ibu mengandungkan ana. Dan anak ibu sekarang sudah hampir seusia dengan ibu ketika ibu mengandungkan ana dulu. Ya Allah terima kasih atas pemberian 2 insan istimewa dalam hidupku. Ya Allah berkati la mereka Ya Allah. Kau sejahterakanlah keduanya Ya Allah. Terima kasih Ya Allah atas kurniaan ahli keluarga yang mengasihi aku.


Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan.Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku…dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.

Ya Allah... panjangkanlah umurku untuk aku terus beribadah padamu.. restuilah aku selalu agar setiap amal dan perbuatanku mendapat rahmatMU... terima lah taubatku agar aku berada dikalangan orang - orang yang tidak lalai dan rugi... murahkanlah rezekiku dan biarlah ianya dari sumber yang halal agar darah dagingku ini suci dan hatiku mampu terjaga supaya terus tunduk padaMU... Selamatkanlah aku di dunia ini dari penyakit yang merbahaya dan mala petaka... tabahkan hatiku dalam mengharugi setiap dugaanMU.. Berilah aku kesihatan yang baik agar aku dapat menuntut ilmu dan melakukan amal ibadah padaMU YA AllaH... Berikan aku kebahagiaan yang engkau kehendaki padaku...

Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasihMu…Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang.Aku tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.

Ampunkan aku Ya Allah pabila aku merintih nasibku di hadapanMu. Kalau bukan kepadaMu, kepada siapa lagi harus ku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah…namun aku hanyalah hambaMu yg dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayangMu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.

Dalam usia begini…aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini…aku ingin lebih merinduiMu Ya Rahiim. Dalam usia meniti senja ini…aku ingin sekali menyambut panggilan KaabahMu Ya Al Malik.Dalam usia ubanan ini yang ku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih pada yang sudi.

Ya Muhaimin…pimpinlah tangan hambaMu ini…pimpinlah hati hambaMu ini…pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran. Ya Al Quddus… sebagai hambaMu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku… bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustakimMu dengan tenang dan mudah tanpa cela.

Ya Al Hakiim…berikanlah ilham kepadaku agar aku mampu terus berjuang, agar aku terus mampu memberikan sedikit ikhtibar dan dakwah dengan caraku. Hulurkan kepadaku bijaksana agar aku mampu terus memacu kalam keinsanan sehingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.

Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkaulah Ya Maha Besar… peliharalah aku  ini agar terus berpegang teguh pada taliMu.

Terimalah permohonan hambaMu yang sedang bermusafir di bumiMu ini Ya Rahmannn.

Amin Ya Rabbul Alamin.

Terima Kasih kepada semua sahabat sahabat yang mengingati dan menghantarkan ucapan hari lahir buat ana. SMS, FACEBOOK, WHATSAPP, LINE, CALLS and all.

JAZAKALLAHU KHAIRAN KATIRAN =)

Monday, 18 June 2012

Why I Choose Economics?

Assalamualaikum brothers and sisters :)

Well, just to recall back my 14 weeks in economics class :)

WHY I CHOOSE ECONOMICS?

FRANKLY speaking, I choose Economics, FIRST, because half of my classmates taking it. So, this is a big influence in my decision making. And perhaps with my friends together and also with the help of my beautiful sweettttt lecturer, insyaAllah, I'd like to score for this course. But the other part of me says, economic is an interesting subject as for we know, it is a global knowledge that each and everyone has to have some knowlegde about it. Even just a little. So to be futuristic, I agree to enroll Principles of Economics as elective subject this semester based on those :

Economics is about choices and impact of our choices on each other. It relates to every aspects of our lives, from the decisions we make as individuals or families to the structures created by governments and firms. The economic way of thinking can help us make better choices.

I like economics mainly for the real world applications, one benefit is being able to understand somewhat the things that are happening on the news. Likewise, it's nice being able to answer questions you hear getting asked all the time like "why is product X so expensive?" or being able to understand how the stock exchange and exchange rates work.

Because I learn a lot of skills and knowledge that I can apply to other jobs or to my personal life. As an engineering student, I have my own dream ; to have my own consultation firm which this course might somehow give me a lot of benefits and knowledge for bussiness settings.

Well, today is the day!!! Economics final exam! Gambatte!

InsyaAllah will do my best. Gud Luck ALL!

Friday, 25 May 2012

Saturday!

Assalamualaikum Brothers and Sisters!

It's been a while ana tak update my blog. Of coure la sebab bz memanjang dengan studiessssss and programsss...Tpi kengkadang tu, ade je nk tulis n ade je nk d share tapiiiii mesti out of idea :)

Baru selesai menunaikan ibadah umrah di kota suci Makkah pada 1-13 May yang lalu :) InsyaAllah, ana akan menceritakan pengalaman sepanjang berada di sana dalam entri yang akan datang. Untuk kali ini, just a short sharing maybe :)

Alhamdulillah, akhirnya ada hujung minggu di kampus. Sahabat sahabat seperjuangan ana yg lain sedang melaksanakan tanggungjawab untuk Program 'Jom Ubah' di SMK Bako yang berlangsung semalam (Jumaat 25 mei) hingga Ahad ini (27 Mei). Semalam sempat menziarahi mereka. 2 weeks lagi nak final. Soooo, diri pon macam dah tak terurus. Mase awal2 bukak sem aritu, bukan main lagi kalau nk ke kelas, kemas dan smart! Bile dekat dekat nak final ni, ape je baju yg ade kat depan mate, tula yang d pakai. T shirt muslimah and slack and tudung warna hitammmm je :p hihihi! Inilah suasana bile nak final. Semua serba serbi tak kena. Masa sgt dititik beratkan. Tapi itu bukan penghalang bagi ana untuk tidak menjenguk muka apabila ada sahabat sahabt turun untuk berprogram. Memang untuk program kali ini, ana mintak eksekius sebab i really need to focus on my PROJECTS (wastewater, steel, traffic), open ended and ect. Kadang2 rase macam 24 jam sehari tidak cukup! Ya ALLAH, cukupkanlah bagiku semuanya :)

Semalam, still in progress to complete my steel design project which is to be submitted on next thursday! Well, i really hope dat i can finish it before this weekend! BUT, hari ni dah hari sabtu kannnn, alamatnye, next week la baru ana siap projek tu! Serious, subjek steel memang ana kena lebih byk fokuskan sebab memang lemahhh! I can calculate BUT i really need to understand all the CONCEPTS first! :) bukan senang nk design steel utk bangunan :p hihihi. kena pilih design yg betul and adequate for support. Well, dah 3rd year nih, rase mcm hesitate plak, nak jadi enginerr ke tak :p hihihi!

Sepatutnya, ade housekeeping at 3.30pm. Ana and my groupmate kat cais (library unimas). Jam menunjukkan 3.15pm - masih jerrr buat tak tau yg kiteorang dah kena gerak ke lab traffic utk kerja pembersihan@kemas lab. Hahaha! Malasss nyer :p Tekun sangat buat projek sampai x sedar jam dah 3.45pm! Ape lagiiii...terus cepat2 kemas brg. Buku buku n projek sume men tinggal je kt atas meja library, bajet lepas housekeeping nak return balik ke cais to continue on the project :p

Happy sesangat sebab i  finished for my calculations part on beam and column design. Well, left is only for detailing. I like calculations, but when it comes to THEORY! Noooooooooooo! *ok fine, i need to complete my part tho*

Dr Leonard *lecturer wastewater engineering kiteorang* tetibe masuk lab traffic and macam bese laaaa, die ni memang suke sindir2 kitorang "is dis ALL?" - HAHAHAHA! sikit giler bilangan classmate ana dtg housekeeping. Ade yg dtg awal tadi, masok lab and sign attendance then blah. Well, normal :p sebab semua pon nak siapkan projek kannnnn :) housekeeping is like )(*&^%$# *kacau mase aku je* hahaha :p

*ade hikmah dtg lambat untuk housekeeping* hahaha! yg dtg awal, blah awal sebab kiteorang yg lambat ni x sampai2, so diorang malas nak tunggu kot. WELL, back to DR LEONARD >>>> die dtg lab time tu sebab nk bagi TIPS exam for wastewater! HAHAH! Ana apeee lagiii..ambik peluang cepat2 keluarkan kertas dari beg n get my pen from my pencil case WHEN he suddenly talked to me "wahhhhh! if only u people are like dis during my class, grab ur paper n pen n ready to jot down watever i say, i think u people wont need any tips" *haish pedassss gileerrrrr :p ana ni duduk betol2 depan die, memang rase berdarah telinga ni...tapi hati dah stat rase remokkk!* hahaha! tahannn je la :p bese la studenttt :) hahahah!

Yg x best nyer, sebab duduk kat depan trus ana yg kena :p haha! SABA JAK LA :) well, after dat, ana pon terfikir nak buat ziarah kt SMK BAKO. jenguk kejap sahabat2 di sana. Mintak izin dengan groupmate nak excuse untuk discussion :) *APPROVED* hihihi.

Bersama kak khadijah n sis kartika all the way from UNIMAS ke SMK BAKO. jauhhhhh tu :) *dah biase drive jaoh* -madah nya tek- hihihi :p Sis kartika baru je selesai kelas petang jumaat tu, dats why die lambat sikit melapor utk program *die akak faci utk program ni* hihihi!

Nak dijadikan cerita, sampai je kt SMK BAKO, ana bagitau kat Kartika, baju2 die tinggal je dalam keta dulu, trus pegi melapor kt Ketua Faci n masuk program :) *suwitttt x* :p well, happy sesangat tengok adik2 SMK BAKO. Ana masih ingat lagi, 2 tahun yang lepas, ana pernah menjadi faci untuk program JOM CEMERLANG PMR  SMK BAKO, sampaaiii je kat dewan sekolah, ade adik2 program kenal ana tapi masih hesitate nk tego :p sebab dulu ana lain n sekarang lain :) *diorang malu kot nk tego* tpi ana yg tego dulu! :p hihi! happy nyer dapat jumpe diorang balikkk!

Around 10pm, bajet balik awal sebab ana nak join usrah sahabat ana di Perancis jam 12.15am waktu Malaysia = 4.15 ptg waktu Perancis :) memang x sabaaaa nak usrah ngn diorang :)

Kak dijah lapa pulak - so singgah makannnn :p *suke suke* :) waktu tu dah kt Jalan Astana :) mase nk balik, ana reverse keta tgk la kt blakang TIBA TIBA! nampak ade baju d sangkut d bahagian seat balakang keta dan itu adalah BAJU BAJU KARTIKA! ok fineeee...now u all get it??? >>>>kena hanta la baju ni kt SMK BAKO balikkkk :( hahaha! Kelakar giler. Mase tu, ana ketawa jeeee sebab ana yg cadangkan kat kartika x yah bawak kuar baju dari keta dulu *bajet suwit sangat* hahaha! So, patah balik semula ke SMK BAKO. *nang raon benaaa kmk malam tdik* hihihi

Sampai di kampus around 12.30 :( sahabat ana, dah stat usrah. Die *whatsapp* ana n tya, nak join x -i story dengan die ttg kisah perjalanan ana- haha! I was not feeling well when i came back last nite. Batok yg trok tiba2 n muntah. Ad0i - inilah akibatnye kua malam2...badan masok angin :( i need to rest. So, cancel join usrah. BUT! ade lagi usrah mobile next week! OK, hopefully dis time leh join :) Aminnn!

-panjang pulakkk cite aku-

HARI INI ADALAH HARI SABTU :) ayah kol la pulakkkk pagi tadi :p nak bagi $$$$$$$ ;p yahooo! Ni yg x leh tahan, hujung mingguuuu n nak balikkkk! Now waiting for my dad to fetch me up. Katenye nk amek around 2pm. now dah 1.57pm xsampai2 lagi :p

sambil menunggu ana curik mase update blog kejap :) well, sampai di sini sahaja!

BUT BEFORE DATTT >>>>>>>>


i miss her! MAIZATUL AQILAH ZULKEPLI :) last week she called me, dat time i wasn't at home :p hihi, rinduuuu katenye..last sekali she said "kak siti, mintak duit" hampeh tol budak ni :p hahaha! Ingat ana ni dah keje ke *yela ade jugak keja part time* hihi :p athlete sekolah rupenye adek ana nih! hanta p sekoalh agama supaya leh jadi ustazah, last2 die gtau kat ana nk jadi ahli sukannn >.< haha! Moga jadi ahli sukan yg sentiasa menjaga aurat! Amin :)



adeeba - 2..09pm

Wednesday, 18 April 2012

10 Things You Can Do For Your Mom


Assalamualaikum Brothers and Sisters! 


Often, moms do virtually all of the giving and very little, if any, of the taking from their families. They may not say it, but most of them want to be appreciated in small ways. You don't have to buy them a car or a house (you could do that too), but it's the small things that count with mom.
Here are some ideas of how you can let mom know that all of her giving has and continues to be appreciated.
1. Give mom a vacation
Don't think Hawaii. Think of a day away from the kitchen. Or the home. Give her a vacation from the home where for her, most of the seemingly endless housework is done daily. Or, if she doesn't want that, start doing your share around the house. Maybe you could start giving her one day of the week off, when she does no cooking or household chores. Remember, fathers and husbands work hard at the office, but they get a two-day weekend in most cases. Moms usually don't even get a full day off. And if they are also working outside, it's like two full time jobs.
2. Let's hear her life story: a mom's circle
She may have read you bedtime stories when you were small, but now it's time for her to tell you a different story-about herself. Make a mom's circle at home in which you ask her to tell her life story. Mom's circle may actually turn into a project: one family member could write this up into a report, another could make a story book out of it and a third could video/audio record it. A mom's circle may become an ongoing family tradition.
3. Try beating mom's cooking
While most moms ask their kids what they want to eat, turn the tables around and do the same for her. Is there special food your mom likes? Buy or prepare that food for her (if you are not the best of cooks, maybe it's safer to just buy it).
4. Is your mom in a nursing home
If your mom is in a nursing home, why not plan to bring her home for a weekend visit to stay with you. Even better, why not make this a weekly, or twice a month set up, so you can spend more time with her and she can be around those who really love her more often? Of course the ultimate gift will be if you can liberate her from that nursing home so she can stay in her room in your own home.
5. Arrange a mammogram for her
Every three minutes, a woman in America is diagnosed with breast cancer. That woman could be your mom.
A woman's chances of developing breast cancer increases with age. The National Cancer Institute recommends women age 40 and over be screened with mammography every one to two years. It also advises that women at higher risk of breast cancer get medical advice before they are 40 about when to begin screening and about the frequency of their screening. Do this for your mom, so you can see her spend the rest of her life in good health, Insha Allah (if God wills).
6. Is your mom a bookworm?
If so, buy a small cabinet and buy all of the books you can afford. Then take it to her home and set it up for her.
7. If your mom is a non-Muslim
If your mom is a non-Muslim, try fasting for a day (Nafil or extra fasting), and keep thinking and praying for her. Ask Allah that He guides her and ask Him what you can do to help her understand her own Creator.
8. If your relationship has not been the best with your Mom
If your relationship with your mom has not been the best, sit down in front of a year-long calendar or planner and mark down dates and things which you can plan to improve this relationship. Start off by making a formal first appointment. Then pick dates on which you can keep contact with her and build your relationship on a regular basis.
9. If mom is not alive
If your mom is not alive, visit her relatives and friends and ask what you can do for them. Consider these two Hadiths (sayings of the Prophet Muhammad peace and blessings be upon him):
1. The Messenger of Allah said: When a person dies, his actions come to an end, except for three things: a continuing Sadaqa (charity), knowledge from which benefit is still being derived, and a righteous child who prays for her or him (translated meaning from Muslim).
2. Abu Usaid Saidi said: We were once sitting with Rasulullah when a man from the tribe of Salmah came and said to him: O Messenger of Allah! do my parents have rights over me even after they have died? And Rasulullah said:
Yes. You must pray to Allah to bless them with His Forgiveness and Mercy, fulfill the promises they made to anyone, and respect their relations and their friends (Abu Dawud and Ibn Majah).
10. Pick up her feet and spread the word
The Prophet Muhammad said: Your Heaven lies under the feet of your mother (Ahmad, Nasai). Ask your mom to lift her feet, so you can locate where Jannah is. Then tell others about your discovery by sharing what Islam has to say about moms and their importance in our lives.

Thursday, 12 April 2012

Interrupted

Assalamualaikum. Well, sedang ana ber'fb' and i just posted my status. Suddenly, hamba Allah respond t my status n gave dis. Sentap abis +_____+

".....Isu memendam perasaan.

Pada saya, bila kita sudah suka kepada seseorang, pertamanya yang kita perlu lakukan adalah menyelidik siapakah yang kita suka itu. Bagaimana dia. Apakah menyenangkan jiwa kita? Apakah kita senang dengan keadaan keluarganya? Saya sendiri tidak menetapkan apa-apa level dalam hal ini. Pokoknya, kita senang dengan dia, dan kita senang dengan keluarganya.

Keduanya, bila rasa senang dengan itu semua, pergilah kepada Ibu Bapa kita, dan nyatakan hajat kita itu. Berbincanglah dengan Ibu Bapa akan baik buruk tindakan kita, akan keadaan diri dan kemampuan kita. Pandangan Ibu Bapa sangat penting bagi mengimbangi otak dan jiwa kita yang disapa 'cinta'. Kadangkala, orang yang disapa cinta ini, 'mereng' sikit pertimbangannya. Kadangkala.

Ketiganya, selepas rasa yakin, pergilah usahakan merisiknya dengan jalan yang baik untuk mengetahui sudah berpunya atau belum. Sekiranya belum, lamarlah dengan jalan yang baik. Jika ditolak, boleh tanya kenapa. Kalau kekurangan yang boleh diperbaiki, boleh diusahakan, maka berusahalah memperbaikinya. Kalau kerana benda yang tidak boleh diubah seperti kerana kita terlalu tinggi, kulit terlalu cerah dan sebagainya, tinggalkan sahaja orang sebegitu., dan carilah yang lain.

Keempatnya, sekiranya diterima, maka berusahalah mencapai 'mampu' untuk berkahwin. Pertunangan tidak perlu terlalu lama. Namun ini terpulang kepada situasi dan keadaan masing-masing. Apa-apa pun, saya tegaskan di sini, dalam sesi pertunangan itu, selain mengambil peluang berta'aruf, fokuskanlah kepada 'usaha untuk mencapai mampu' dengan peningkatan peribadi, peningkatan ilmu, peningkatan kekuatan untuk mencari sara hidup, dan sebagainya.

Ta'aruf itu biasa-biasa sahaja. Rilek-rilek sahaja. Lepas kahwin boleh sambung panjang. Tetapi 'kemampuan', itu bukan benda yang mudah. Kena mula awal, kena serius usaha capai. Ini yang ramai remaja malas nak kisah. Kisahnya perasaan sahaja, syok berhubungan dengan pasangan sahaja. Pada-pada la. Fikir mana yang lebih utama!

Pada saya, begitulah.
Ringkasnya, saya akan cakap: "Kalau suka, beritahulah. Buat apa pendam."
Tetapi orang melayu ni banyak songeh. Bila cakap begitu, budak-budak sekolah rendah pun rasa dia patut bagitahu dekat kawan darjah limia yang dia suka. Orang-orang tua pun sampai cakap pada saya: "Habis, yang budak tingkatan tiga pun kena luah la?" Adoi...

So kenalah saya karang status panjang ini.

Konklusinya, bila dah suka, beritahulah. Buat apa pendam. Tetapi fikir-fikir jugalah keadaan diri. Perkara ini, jalankanlah dalam keadaan berjaga-jagalah dan berhati-hati.

Masa dan perancangan, adalah antara yang memainkan peranan penting di dalam hal ini.

Selain niat dan matlamat yang jelas, dalam mencintai seseorang.
--------------------------------------
Geng-geng yang sokong pendam,
dipersilakan menanti 'orang yang tertulis di lauh mahfudz' untuk anda.
Saya tidak kisah pun.

Ini hanya khas untuk yang rasa tak logik laci boleh terbuka sendiri tanpa usaha, dan tahu bahawa Allah dan Rasulullah SAW sendiri mengisyaratkan 'usaha dan ikhtiar' dalam pemilihan pasangan.

Sekian.
^^



Enough

Almost a month i dont write anything here. been bz i guess. well, so many things happened just in a FLASH! iman berkurang iman bertambah. semakin hari semakin berkurang iman dalam diri ini. mungkin kerana hati semakin gelap? lalai dalam ibadah atau mungkin leka? Ya Rahman. Bantulah aku. Baru baru ini ana seakan tersedar dari lamunan. Kisah fitnah itu benar benar membari pengajaran kepada ana untuk lebih berhati hati dalam pergaulan seharian.

Ya Allah, begitu berat rasa hati ini tatkala mendengar cerita itu. Sakit sekali. Allah sedang berbicara denganku. Pada ketika itu juga, aku berasa sangat dekat dengan Sang Pencipta. Ana akui, ana seorang yang mesra tetapi tidak sangka mesra itu sudah di salah anggap oleh segelintir mereka yang tidak faham. Atau mungkin tersalah faham? Kali ini memang ana akan lebih berhati hati. Dan kerana itu juga, ana putuskan untuk dia tidak menunggu ana lagi. Ana sudah ada perancangan sendiri. Sebaik baik perancang adalah Allah, tetapi tidak salah bukan untuk kita merancang?

Maafkan ana kerana melukai kalian. Ana cuma insan biasa yang cuma bisa memilih hanya seorang. Ya, seorang. Tetapi bukan awak. Orang lain.

being nice is a good thing. but dont be too nice. people will see it as something else and i will end up in trouble

yes, that is what happen to me now. huhu :( so what's best i can do is to tell the truth to them. Telling the truth and making someone cry is better than telling a lie and making someone smile. No hiding. I am being honest. Truthfully honest. Please understand me. My situation. Enough is enough. Ya Allah, apa di kerepak ana tok? Fine, may not be in a gud mood now. Muhasabah diri! Gambatte ne!

BELAJAR DARI KESILAPAN. ALLAH TEGUR DIRECT. SO TAKE IT SERIOUSLY!

Thursday, 15 March 2012

Kita Perlu Bercinta


Bismillahirahmanirrahim
Asslamualaikum wbt

Ramai orang berpandangan: “Kita perlu bercinta untuk mengenal pasangan, tanpa perkenalan, mustahil cinta bertandang. Tanpa percintaan, mustahil keserasian dikesan.” Mereka sebenarnya terlepas pandang. Dalam Islam ada Taaruf dalam tempoh risik dan bertunang yang melibatkan MAHRAM bukan berdua-duaan..
Taaruf itulah mendedahkan keserasian, cuma takrif ‘taaruf’ dan ‘serasi’ dalam fikiran manusia berlainan. Islam mengajar manusia taaruf yang ada sempadan, terpelihara dan terjaga dari kemaksiatan, bukan taaruf melalui bercinta sakan.
Islam mengajar serasi dengan ajaran Tuhan, bukan serasi dengan kehendak pasangan. Cinta ar-Rahman menjana kebahagiaan, lantaran itulah batasanNya tidak boleh dipermainkan.
Di saat engkau meminta diri ini, lihatlah agama yang ada dalam diriku..
Kerana aku akan mendidik bakal-bakal zuriatmu kelak..
Jangan kau pandang akan kecantikan luaran yang ALLAH anugerahkan ini..
Kecantikan luaran ini ada pada setiap wanita, tetapi aku menjaga dalamanku..
Supaya keredhaan ALLAH selalu bersamaku walaupun aku terluka..
Andai engkau bakal menjadi imam pada solat malamku..
Bimbinglah aku menjadi yang terbaik untuk keluarga dan agama..
Andai hilang rasa cinta dan kasihmu terhadap diri ini..
Ingatlah bahawa ini amanah ALLAH terhadapmu..

p/s : bercinta selepas berkahwin! AYUH!

Sunday, 22 January 2012

Kemantapan Akhlak Pendakwah


Assalamualaikum ikhwah dan akhawat sekalian,
Cara tutur kata dan penampilan seorang pendakwah akan menarik perhatian orang yang mendengar dan melihatnya kerana pada dasarnya jiwa manusia cenderung dan tertarik dengan penampilan yang indah dan baik.
Dari sini kita boleh melihat bahwa yang dipilih sebagai pegawai-pegawai pemasaran hasil keluaran sesuatu kilang adalah orang-orang yang berpenampilan menarik di samping kualiti produk yang terbaik.
Pada hakikatnya, dakwah adalah menawarkan sebuah risalah dan landasan pola berfikir yang tercermin dalam :
  1. Akhlak.
  2. Keperibadian.
  3. Penampilan.
Imam Hasan Al-Banna pernah ditanya :
"Kenapa kamu tidak menyusun buku?"
Beliau menjawab :
"Tugas aku bukanlah untuk menyusun buku kerana buku biasanya akan diletakkan di perpustakaan dan amat sedikit sekali orang yang mahu membacanya. Berbeza halnya dengan seorang muslim, ia adalah 'buku yang sentiasa terbuka' ke mana pun ia berjalan, itu adalah dakwah."
Betapa ramai pendakwah yang tidak pandai bercakap dan berkhutbah tetapi dengan rahmat Allah, ramai mad'u yang berdiri di sampingnya.
Ini disebabkan oleh :
  1. Getaran jiwanya.
  2. Pantulan wajahnya.
  3. Kelembutan perasaannya.
  4. Penampilan yang simpatik.
  5. Keimanan yang mendalam (al-iman al-amiq).
  6. Kefahaman yang tepat dan menyeluruh (al-fahmu ad-daqiq)
yang dimiliki oleh seorang pendakwah.
Ini bukanlah merupakan perkara yang baru kerana ia sudah ada sejak masa-masa awal perjalanan dakwah Islamiah.
Kita boleh menyaksikan sahabat Dihyah Al-Kalbi ra, delegasi Rasulullah saw yang diutuskan untuk menemui Heraklius, penguasa Romawi.
Dihyah ra termasuk dalam deretan sahabat yang terkemuka. Ia mempunyai bentuk tubuh badan yang baik dan wajah yang tampan.
Suatu ketika (tatkala menyampaikan wahyu), Jibril as pernah turun dengan menyerupai Dihyah ra. la bukan termasuk ahli Badar. Peperangan yang pertama kali ia ikuti adalah perang Khandaq. Ia juga ikut serta dalam perang Yarmuk sebagai pemimpin pasukan ketumbukan.
Mush'ab bin Umair ra juga berwajah tampan dan berpenampilan simpatik. Ibnu Sa'ad menceritakan dalam ‘Thabaqat’nya.
"Ibu Mush'ab adalah wanita yang kaya raya. Ia memberikan sebaik-baik pakaian dan sebaik-baik wangian untuk Mush'ab. Seluarnya buatan Hadhramaut. Rasulullah saw pernah bersabda, 'Aku tidak pernah melihat di kota Makkah ini orang yang lebih indah rambutnya, lebih halus pakaiannya, dan lebih banyak kenikmatannya, daripada Mush'ab bin Umair ra.'"
Ja'far bin Abu Thalib ra yang meraih ‘syahadah’ (kesyahidan) dalam perang Mu'tah juga berwajah tampan dan berpenampilan menarik. Beliau termasuk delegasi yang diutus oleh Rasulullah saw kepada para raja dan penguasa.
Dari Abu Hurairah ra, ia berkata bahwa ada seorang laki-laki tampan yang datang kepada Rasulullah saw lalu berkata,
"Ya Rasulullah, sesungguhnya saya adalah orang yang suka keindahan dan saya telah diberi oleh Allah keindahan itu seperti yang engkau saksikan sehingga saya tidak suka jika ada orang yang melebihi saya meskipun hanya berupa sandal. Apakah ini termasuk sifat sombong?"
Rasulullah saw menjawab :
"Tidak, sesungguhnya yang dimaksudkan dengan sifat sombong adalah menolak kebenaran dan meremehkan (menghina) orang lain."(HR Abu Daud)
Begitu pula seorang pendakwah yang hidup dalam sebuah masyarakat atau yang menjadi utusan pada sebuah yayasan atau jamaah, hendaklah sentiasa berpenampilan baik dan berakhlak mulia.
Sebuah ungkapan mengatakan :
"Kejayaan sebuah misi akan bergantung kepada si pembawa misi tersebut."
Penampilan dan akhlak yang baik akan membuatkan orang yang baru sahaja memandangnya menjadi tertarik dan simpati. Maka kita akan menjumpai ada sebahagian orang yang menggantungkan kepercayaan melalui pandangan matanya.
PANDANGAN KASIH SAYANG
Rasulullah saw bersabda :
"Barangsiapa memandang saudaranya dengan kasih sayang niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosanya."
Apakah pandangan yang dimaksudkan oleh hadits di atas?
Adakah ia pandangan sekilas lalu atau pandangan yang dipenuhi keteduhan dan kasih sayang?
Yang dimaksudkan oleh hadits di atas adalah pandangan yang ditujukan pada hati dan mengajaknya berbicara dengan lemah lembut.
Umpama seperti sebuah kamera, hanya dengan satu petikan butang dapat menangkap gambar yang sangat indah.
Itu semua tidak akan dapat direalisasikan kecuali dengan pandangan yang :
  1. Tulus dan suci.
  2. Penuh kasih sayang.
  3. Penuh rasa cinta kerana Allah.
Mata adalah alat terpenting bagi seorang pendakwah dan merupakan wasilah yang memberi kesan yang sangat besar bagi pendakwah.
Ini adalah kerana ketika seorang pendakwah memandang saudaranya sesama muslim dengan penuh kasih sayang, seakan-akan ia telah memberikan hartanya yang paling berharga.
Jika pandangan seseorang yang dipenuhi oleh rasa dengki sahajapun mampu menghancurkan, maka pandangan yang penuh cinta dan kasih sayang juga sangat berpengaruh dalam menghantarkan kepada kebenaran yang akhirnya dapat mempereratkan barisan dan memperkuatkan bangunan. Ini merupakan kekuatan terpendam yang dimiliki oleh manusia.
Apa yang kita sembunyikan dalam hati akan tersingkap dengan tatapan mata. Seorang muslim adalah cermin bagi saudaranya.
Allah swt berfirman :
"Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dalam keadaan tidak mengetahui suatu apa pun dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati agar kamu bersyukur." (QS An-Nahl : 78)
Suatu ketika seorang pendakwah diundang untuk memberikan ceramah di suatu perkhemahan musim panas di salah satu negara Arab. Pendakwah itu sudah biasa mengenali pemuda-pemuda yang ikut serta dalam perkhemahan itu.
Tatkala pendakwah itu datang ke tempat itu pada waktu yang telah ditentukan, ternyata tidak seorang pun menyambut kedatangannya. Beberapa saat kemudian ada beberapa pemuda yang berjalan dengan berhati-hati serta penuh malu menuju ke arah pendakwah tersebut dan itulah yang menyebabkan mereka mendapat hukuman dari ketua perkhemahan mereka.
Suasana pun menjadi sangat kaku dan ianya berlangsung agak lama sehingga pada masa solat berjamaah dan santapan makan pun suasananya masih terasa kaku.
Kemudian pendakwah itu dipersilakan untuk memberikan ‘taushiah’ (nasihat). Pendakwah tersebut sama sekali tidak menyinggung kejadian yang baru sahaja berlaku yang belum pernah dijumpainya sebelum ini.
Setelah acara selesai, dia pun pulang, tetapi khuatir dengan kejadian suasana kaku seperti itu jika tidak diluruskan, pemuda-pemuda tadi akan tercelup atau terbiasa dengan perilaku yang bertentangan dengan ruh dakwah dan ukhuwah Islamiah.
Di atas rasa tanggungjawab tersebut, beliau menyempatkan diri untuk bertemu dengan pemuda-pemuda tersebut.
Dalam pertemuan itu beliau mengatakan :
"Sesungguhnya apa yang saya alami pada pertemuan pertama di perkemahan itu membuatkan saya sedih. Jika peraturan perkemahan adalah seperti itu (iaitu : tidak boleh menyambut tetamu), maka itu adalah sesuatu yang sangat keterlaluan. Peraturan tentera sekalipun tidak melalaikan etika memuliakan tetamu yang mesti disambut dengan hangat, lebih-lebih lagi jika tetamu itu adalah tetamu undangan. Tambahan pula ini adalah perkhemahan berbentuk lslamik.
Rasulullah saw bersabda :
Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, hendaklah ia menghormati tetamunya." (HR Muslim)
Sebenarnya apa yang saya alami di waktu itu boleh saya jadikan sebagai tema ucapan saya dengan menunjukkan di mana letaknya kesalahan sikap itu namun manhaj dakwah mengajarkan agar saya tidak marah hanya kerana perasaan peribadi. Oleh kerananya, saya tahan perasaan marah saya demi menghormati petugas perkemahan itu. Meskipun pada waktu itu saya boleh membahasnya secara singkat dan dengan sindiran sahaja, tetapi saya lebih mengutamakan ketaatan dan berjalan sesuai dengan peraturan perkemahan.
Kaidah kita dalam memberikan nasihat itu adalah :
Hendaklah nasihatmu terhadap saudaramu kamu lakukan :
  1. Dengan sindiran dan bukan terang-terangan.
  2. Untuk membimbing kepada kebenaran bukan untuk menyakiti.
Saudaraku sekalian, sesungguhnya orang seperti saya ini datang ke tempat ini dengan melalui perjalanan yang panjang dan meletihkan serta menempuh jalan ribuan batu.
Saya datang kepada kamu dengan perasaan rindu dan kasih sayang tanpa ada tujuan duniawi dan tujuan peribadi.
Saya datang untuk melihat wajah-wajah kamu dan itulah nikmat yang sangat besar yang dapat menghilangkan rasa penat dan lelah setelah menempuh perjalanan yang panjang.
Pandangan inilah yang sering terukir dengan untaian kata yang amat indah :
“Barangsiapa memandang saudaranya dengan pandangan penuh kasih sayang,
maka Allah swt akan mengampuni dosa-dosanya.”
Allah swt berfirman :
"Bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang yang menyeru Rabb-nya di pagi dan
petang hari dengan mengharap keridhaanNya, janganlah kedua mata kamu berpaling dari mereka (kerana) mengharapkan perhiasan kehidupan dunia ini dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas." (QS Al-Kahfi : 28)
Apakah setelah semua ini kamu mengharamkan pandangan itu dan menghalangi datangnya ‘maghfirah’ (ampunan) Allah swt?
Tidakkah kamu mengetahui dari perjalanan hidup Rasulullah saw, betapa berharganya nilai sebuah pandangan?
Marilah kita lihat bagaimana kisah Ka'ab bin Malik ra, seorang sahabat yang termasuk dalam deretan sahabat-sahabat yang tidak ikut serta dalam perang Tabuk.
Allah swt menurunkan hukuman kepada ketiga orang itu, di antaranya adalah Ka'ab bin Malik, iaitu agar seluruh kaum muslimin tidak menjalinkan hubungan dengan mereka.
Ka'ab berkata :
'Kaum muslimin telah memencilkan kami selama lima puluh hari hingga bumi ini terasa sempit dan rasanya tidak ada tempat kembali kecuali Allah swt. Sayalah yang paling teguh di antara ketiga orang tersebut.
Saya masih tetap ikut solat berjamaah di masjid dan masih tetap pergi ke pasar walaupun tidak seorangpun yang mengajak saya berbicara.
Saya datang kepada Rasulullah saw yang di waktu itu sedang duduk di masjid selepas mengerjakan solat. Saya mengucapkan salam lalu saya duduk di sebelahnya sambil sesekali memandang kepada beliau. Tatkala saya menatapnya, beliau memalingkan wajahnya.
Saudaraku sekelian, hukuman itu datangnya dari Allah swt. Meskipun demikian, Rasulullah saw yang diutus sebagai rahmat bagi sekelian alam masih tetap memandang kepada Ka'ab ra dan begitu juga dengan Ka'ab yang masih berusaha untuk mencuri pandang.
Hukuman itu adalah untuk pengajaran dan tarbiyah dan bukan untuk balas dendam. Jika kita kehilangan pandangan yang penuh kasih sayang, maka kita telah kehilangan rahmat kehidupan.
Setelah pembicaraan tentang pentingnya pandangan itu selesai, ramai di antara pemuda-pemuda tersebut yang menangis serta air mata mereka membasahi pipi-pipi mereka.
Beberapa hari kemudian ramai di antara pemuda-pemuda tersebut yang mengirim surat mengungkapkan kebenaran apa yang telah pendakwah itu sampaikan.
Siapakah pendakwah tersebut?
Beliau adalah Abbas Hasan As Siisi, seorang dari generasi pertama yang mendapat tarbiyah secara langsung dari Imam Hasan Al Banna. Beliau merupakan seorang yang mempunyai banyak pengetahuan dan pengalaman tentang rahsia hati.
Generasi pertama didikan Imam Hasan Al Banna itu benar-benar telah mengetahui rahsia hati manusia. Oleh kerananya, langkah yang mereka tempuhi memang diorientasikan untuk membersihkan hati mereka dengan hidayah llahiah terlebih dahulu dan kemudian setelah itu mereka memberikan pengetahuan dan pengalaman yang mereka dapatkan kepada orang lain.
Maka dari semua itu, kita dapat memahami bahwa sesungguhnya pendakwah yang mendapat bimbingan adalah mereka yang menyampaikan sesuatu kalimat :
  1. Tepat pada masa dan tempatnya.
  2. Berkesan pada jiwa.
  3. Memberi pengaruh kepada akal.
  4. Bermanfaat.
Ini adalah kerana kata-kata adalah dakwah, maka tingkat kesedaran dan ketelitian berkadar lurus dengan usaha-usaha menyentuh dan mengetuk hati sehingga objek dakwahpun menyambutnya.
Ya Allah, kurniakanlah kepada kami ilham-ilham yang baik sehingga kami mampu untuk memahami rahsia hati ini lalu berusaha untuk mengetuk pintunya, membuka ruangannya, memenuhi dinding-dindingnya, berinteraksi dengan perasaan-perasaan yang mendiaminya serta membimbing dan mengarahkannya ke suatu matlamat yang suci dalam mengagungkan Pencipta dan Pemilik hati ini iaitu Allah Jalla Jalaaluh.
Ameen Ya Rabbal Alameen

copy paste from "somewhere". Peringatan buat ana khususnya. Harap beroleh manfaat bersama.

 

Pink Girlz Blogger Template | Blogger Clicks Design