kuning kuning




Top List!


Get spotted HERE!

Jom Poret!

Widget

Thursday, 13 December 2012

12.12.12

Assalamualaikum wbt brothers and sisters


Segala puji bagi Allah Tuhan Sekalian Alam, Selawat dan Salam Untuk Nabi Muhammad saw, Ahli Keluarganya dan Sahabat-sahabatnya.



 ~Manusia lahir bersama tangisan, dicelahi juga kehidupannya dengan tangisan dan akan di hantar ke pusara oleh tangisan~



 Really looking forward for this date :) Alhamdulillah, Allah masih beri peluang untuk bertaubat. Semalam semasa dalam perjalanan pulang ke rumah dari kampus,ana disambar dengan perasaan yang ntah, "undescribable". Semasa memandu pulang, rasa gelisah, takut, berdebar, semua ada. Menangis tiba2~ Allah, aku semakin hampir untuk bertemuMU :( umurku meningkat tetapi usiaku berkurang.

Jam menunjukkan pukul 11.31 mlm. Ana masih berada di atas jalan raya, berhati-hati memandu di lorong kiri. Sepanjang perjalanan menangis menyesali usia 22 tahun yang sudah berlalu. Apakah amalanku selama ini diterima Allah?

Sampai di rumah, masing masing ahli keluarga ana sudah bersiap siap untuk masuk tidur. Ana terus masuk ke bilik dan terus pergi membersihkan diri. Menunaikan solat lalu membaca kalamNya untuk beberapa mukasurat sebelum tidur. 

Bertubi-tubi bunyi msg+whatsapp+line ; ucapan dan doa sempena hari lahir ana yang ke 22. Tetapi semuanya belum berbalas lagi, Bahagianya semua org sygg :) 

Keesokkan harinya, selesai solat subuh berjemaah. Ibu dan ayah mengucapkan selamat hari lahir buat ana. Ibu memelok ana dengan sekuatnya. Hampir sahaja air mata ini jatuh di bahu ibu, tapi ana tahan. *segannya* huhu. 

Seawal usia 24 tahun ibu mengandungkan ana. Dan anak ibu sekarang sudah hampir seusia dengan ibu ketika ibu mengandungkan ana dulu. Ya Allah terima kasih atas pemberian 2 insan istimewa dalam hidupku. Ya Allah berkati la mereka Ya Allah. Kau sejahterakanlah keduanya Ya Allah. Terima kasih Ya Allah atas kurniaan ahli keluarga yang mengasihi aku.


Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan.Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku…dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.

Ya Allah... panjangkanlah umurku untuk aku terus beribadah padamu.. restuilah aku selalu agar setiap amal dan perbuatanku mendapat rahmatMU... terima lah taubatku agar aku berada dikalangan orang - orang yang tidak lalai dan rugi... murahkanlah rezekiku dan biarlah ianya dari sumber yang halal agar darah dagingku ini suci dan hatiku mampu terjaga supaya terus tunduk padaMU... Selamatkanlah aku di dunia ini dari penyakit yang merbahaya dan mala petaka... tabahkan hatiku dalam mengharugi setiap dugaanMU.. Berilah aku kesihatan yang baik agar aku dapat menuntut ilmu dan melakukan amal ibadah padaMU YA AllaH... Berikan aku kebahagiaan yang engkau kehendaki padaku...

Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasihMu…Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang.Aku tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.

Ampunkan aku Ya Allah pabila aku merintih nasibku di hadapanMu. Kalau bukan kepadaMu, kepada siapa lagi harus ku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah…namun aku hanyalah hambaMu yg dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayangMu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.

Dalam usia begini…aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini…aku ingin lebih merinduiMu Ya Rahiim. Dalam usia meniti senja ini…aku ingin sekali menyambut panggilan KaabahMu Ya Al Malik.Dalam usia ubanan ini yang ku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih pada yang sudi.

Ya Muhaimin…pimpinlah tangan hambaMu ini…pimpinlah hati hambaMu ini…pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran. Ya Al Quddus… sebagai hambaMu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku… bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustakimMu dengan tenang dan mudah tanpa cela.

Ya Al Hakiim…berikanlah ilham kepadaku agar aku mampu terus berjuang, agar aku terus mampu memberikan sedikit ikhtibar dan dakwah dengan caraku. Hulurkan kepadaku bijaksana agar aku mampu terus memacu kalam keinsanan sehingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.

Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkaulah Ya Maha Besar… peliharalah aku  ini agar terus berpegang teguh pada taliMu.

Terimalah permohonan hambaMu yang sedang bermusafir di bumiMu ini Ya Rahmannn.

Amin Ya Rabbul Alamin.

Terima Kasih kepada semua sahabat sahabat yang mengingati dan menghantarkan ucapan hari lahir buat ana. SMS, FACEBOOK, WHATSAPP, LINE, CALLS and all.

JAZAKALLAHU KHAIRAN KATIRAN =)

0 comments:

 

Pink Girlz Blogger Template | Blogger Clicks Design