kuning kuning




Top List!


Get spotted HERE!

Jom Poret!

Widget

Wednesday 10 August 2011

Surah Pilihan

Bismillahirramnirrahim
Assalamualaikum wbt


“Ya Allah, jadikan kami di antara orang bertawakal kepada Mu dan jadikan kami di kalangan orang yang menang di sisi Mu. Ya Allah, jadikan kami di kalangan orang yang dekat di sisi Mu. Dengan ihsan Mu wahai tempat tuju orang yang memohon.” 


Alhamdulillah hari ini genap 10 hari umat Islam sedunia menunaikan ibadah puasa. Syukur 10 hari penglimpahan rahmat buat seluruh umat Islam. Dan insyaAllah bermula esok, 1o hari pertengahan adalah tahap pengampunan. Justeru itu, sama-sama kita rebut peluang ini untuk beribadah kepada Yang Esa untuk beroleh barakah serta redhaNya. InsyaAllah. 


Perkongsian kali ini adalah berkenaan dengan satu program yang baruuu je ana dan sahabat sahabat PERKEPIS  join baru-baru ni =) insyaAllah, moga perkongsian kali ini menjadi ikhtibar buat kita bersama. 


Program Transformasi Ramadhan, 6 Ogos




Bersama YB Datuk Haji Fadillah bin Haji Yusuf, Timb Menteri Sains ,Teknologi dan Inovasi Malaysia merangkap Ahli Parlimen P194 Petra Jaya

Alhamdulillah sekali lagi ana diberi peluang untuk menghadiri majlis ilmu yakni sebuah program motivasi yang bertajuk Transformasi Ramadhan anjuran Al- Azim, yang orang kuatnya terdiri daripada 4 orang ibu yang pada ana mempunyai hati yang besar dalam mengerjakan kerja-kerja dakwah. Dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak dan Pusat Penerangan Islam, Kuching, syukur ana panjatkan pada Sang Pencipta kerana dengan limpah kurniaNya maka program ini telah dengan jayanya dijalankan. Dengan kehadiran tetamu yang cukup memberangsangkan *almost 400 people* termasuklah dari IPTA dan IPTS juga para pendidik dan juga belia, ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Haji Azmi bin Haji Shaari cukup membuatkan kami merasa bertuah kerana menjadi golongan yang terpilih untuk sama-sama merasai dan menghayati isi ceramah yang telah disampaikan. 

Terkesan di hati ana apabila ustaz ada berkongsi mengenai bagaiman untuk melembutkan hati seseorang melalui rohnya. Sudah tentu melalui ayat Al-Quran. Ayat yang disarankan adalah ayat 1-5, surah Toha. 

















Terjemahan:

"To Ha (Allah yang mengetahui maksudnya). Tiada Kami (Allah) turunkan kepadamu al-Quran ini supaya engkau celaka (menyusahkan engkau)! Melainkan untuk menjadi peringatan bagi orang yang takut. (Al-Quran) yang diturunkan daripada Tuhan, yang menciptakan bumi dan beberapa langit yang tinggi. Tuhan yang Pengasih, di atas singgahsana Dia bersemayam (berkuasa). Dia mempunyai apa yang ada di langit, dan di bumi, serta di antara keduanya dan apa yang ada di bawah tanah." 






Surah Taha adalah surah yang ke 20, juzuk 16. Surah yang baik untuk melembut hati yang keras terutama sekali dibacakan kepada ahli keluarga yang keras hati, malas dan degil untuk beribadat kepada Allah SWT. Boleh diamalkan sebagai ayat pendinding diri. Tambah Ada kisah disebalik surah ini yakni pada zaman nabi dahulu, ayat 1 hingga 5 yang dibaca oleh Saidina Umar Al-Khattab r.a yang pada masa dan ketika itu belum lagi memeluk Agama Islam, tersentuh hatinya dan beliau terus memeluk agama Islam pada hari itu juga dihadapan Nabi Muhammad SAW. Betapa ajaibnya surah ini, yang mana dapat melembutkan hati Saidina Umar yang keras membatu. Inilah keajaiban ayat al-Quran. Subhanallah. Moga kita tergolong dalam golongan orang yang mengamalkan kalamullah. InsyaAllah. 


Kisah Fatimah bint Al-Khattab adalah kisah yang masyhur. Setiap kali kita mendengar kisah pengislaman Saidina Umar Al-Khattab r.a, maka setiap kali itu kita akan mendengar nama beliau. Semasa Saidina Umar dalam perjalanan untuk membunuh Rasulullah s.a.w., beliau bertembung dengan seseorang yang mengatakan bahawa beliau haruslah membunuh adik perempuannya dahulu memandangkan adiknya telah memeluk Islam.

Saidina Umar pergi ke rumah adiknya dan mendapati adiknya sedang membaca Al-Quran. Dalam keadaan yang marah dan kecewa beliau memukul adiknya. Apabila melihat adiknya berdarah, beliau meminta maaf dan sebagai balasan beliau akan membaca secebis ayat Al Quran kepada adiknya. Beliau berasa terharu apabila membaca dan mendengar ayat-ayat Al Quran yang begitu indah sehinggakan beliau memeluk Islam pada hari itu juga. Itulah kelebihan Surah Taha yang dibaca oleh beliau. Subhanallah, segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Moga kita sentiasa berada di dalam rahmatNya serta redhaNya. InsyaAllah =)


Sungguh ana terkesan. Surah ini bolehlah dibaca dan disampaikan kepada mereka yang berkenaan yang kita ingin melihat supaya mereka ini berlembut hati *peringatan buat ana sendiri khususnya* InsyaAllah dengan niat kita yang baik ini, orang tersebut akan berlembut hati. 



p/s : Sesungguhnya hidup ini merupakan satu perjalanan, tiba di destinasinya ia akan terhenti walau apa pun usaha untuk menegahnya daripada berhenti. Syukur kepada Allah S.W.T, ia masih belum terhenti sehingga ke saat ini untuk membenarkan kita sekali lagi bertemu dengan Ramadhan. 

Wallahualam =)

0 comments:

 

Pink Girlz Blogger Template | Blogger Clicks Design