kuning kuning




Top List!


Get spotted HERE!

Jom Poret!

Widget

Wednesday 26 October 2011

Sekeping hati


Bismillahirrahmanirrrahim
Assalamualaikum wbt
Baru selesai tugasan yang ke 5. Alhamdulillah masih diberi kesempatan ruang dan waktu untuk berkongsi sesuatu di sini. Sebulan lebih dalam madrasah solehah, rasa terkilan sangat sebab masih gagal untuk mencari ruang masa bagi meluahkan apa yang terbuku d hati. InsyaAllah, sedikit perkongsian dari ana mengenai cinta. Luahan yang hadir dari hati berdasarkan pengalaman sebelum ini. Percayalah, seseorang itu lebih banyak belajar dari pengalamannya.
‘Setiap dari anak adam akan melakukan kesilapan, dan sebaik-baik mereka ini adalah yang belajar dari kesilapan’
Mencari atau dicari? If i were to answer dis question, ana lebih suka mencari. Pengalaman mengajar erti kehidupan. Hampir menjangkau usia 21 tahun pada bulan disember nanti, subhanallah, ana bersyukur dikurniakan nikmat Islam yang tidak ada tolak bandingnya dengan nikmat2 yg lain. Islam mengajar ana erti mengenali Tuhan. Tak kenal maka tak cinta. Di sini titik permulaan ana apabila cuba mencari cinta Allah, ana kekadang tewas dengan nafsu sendiri.
Namun, tidak pernah mengenal erti putus asa. Jatuh berkali kali tidak bermakna ana tidak akan bangkit semula. Setiap kali jatuh dan bangkit setelah jatuh, pada ketika itulah kekuatan terbina. Kerana setiap kali ana jatuh, kekuatan untuk bangkit semula adalah pada tahap yang berbeza. InsyaAllah dengan kekuatan yg sedia ada, ana berdoa moga tidak jatuh pada lubang yg sama, yang mana setiap kali ana jatuh, ana memerlukan kekuatan yang berganda untuk bangkit semula.
‘Aku cinta kau krn Allah’. Itulah ungkapan magnet seseorang yang sudah mabuk cinta tetapi mengambil nama ALLAH atas dasar cinta. Wujudkah cinta islamik? Ana tersengih kejap. hehe. Sudah menjadi lumrah seseorang untuk mencintai dan dicintai. Namun adakah dengan agama sebagai landasan, menjadikan percintaan sebelum perkahwinan dihalalkan?
‘Kita couple tapi bukan buat maksiat pun..’
‘Awak, bangun subuh..jgn lambat2kat solat tau…’
Firman Allah S.W.T:
“Dan janganlah kalian mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk.” (Al-Israa’: 32)
Jelas, jangan sesekali mendekati zina. Apatah lagi melakukan zina. Mendekati zina sudah ditegah keras, melakukan zina, tunggu saja azab Allah. Allah menurunkan ayat ini kerana iman manusia ada turun naik nya, kekadang bertambah kekadang berkurang. Mungkin hari ini iman kita setebal tembok batu tapi mungkin keesokannya iman kita menjadi lebih nipis daripada kulit bawang. Bagaimana kita boleh menjamin kekuatan iman kita sedangkan kita mendekati zina?
Bercinta atau lebih tepat ber’couple’ sebelum adanya ikatan perkahwinan yang sah adalah landasan utama yang akan mendekatkan diri kita dengan zina. Bermula dengan perasaan sayang yang konon-konon berlandaskan agama, secara automatik perasaan rindu akan terbit. Rindu ini akan membelenggu minda dan menjadikan kita alpa. Setiap hari akan memikirkan tentang si dia yang belum halal dan di sini terbitnya maksiat hati. Dari maksiat hati ini akan asyik nak fikir je pasal dia.
‘macam mana nak cakap dengan dia ni? Aku sayang dia!’
‘kalau minta ‘break’, nanti dia sanggup tunggu aku ke?’
‘tak apa kot, kami bukan macam pasangan lain,kami jaga pergaulan walaupun ‘couple’
‘kita couple ni kan sebab nak berubah sama-sama. Tak salah..’
Sahabat, andai percintaan ini berjaya berakhir dengan pernikahan yang sah sekalipun ia terbina atas dasar maksiat. Kesannya?. Nauzubillah! Hanya Allah sahaja yang mengetahui segala-galanya.
Menolak cinta sebelum adanya pernikahan yang sah tidak bermakna kita perlu beserah 100% tanpa usaha. Usaha yang perlu kita lakukan adalah dengan menjadi hamba Allah yang terbaik dan sentiasa berdoa kepada-Nya. Sebagaimana janji Allah yang berbunyi, Allah menciptakan lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik. Begitulah juga sebaliknya.
Firman Allah di dalam Surah An-Nur:
“dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).” (Al-Nur 24 :26)
Ana yakin dan percaya, bahawa Allah itu Maha Adil. Untuk mendapat yang terbaik, kita terlebih dahulu perlu menjadi yang terbaik. Dalam hati, mahu calon suami yang hebat, yang tak pernah tinggal solat, lemah lembut, caring, loving. Tapi diri sendiri masih melewat-lewatkan solat, kekadang solat kekadang tidak, ikut mood la konon. Masih bercakap kasar..megumpat. Tepuk dada tanya iman. Teringat kata-kata Dr. Fadhillah Kamsah, kenapa masih x dapat orang yang benar2 kita nak? sebab hati tak bersih. SEBAB HATI TAK BERSIH! hoho. Terkesan sangat dengan kata-kata ini. Memang benar. Sebab hati tak bersih, susah untuk kita menerima dan org menerima kita.
Untuk sabar dan menolak sesuatu yang telah menjadi ‘realiti kehidupan’ ini memang pahit, tapi yakinlah bahawa buahnya sangat manis. Sekiranya datang kepadamu seorang lelaki yang soleh, maka kahwinilah dia. Tapi, jika pada waktu itu anda masih mempunyai komitmen yang lain, belajar contohnya. Seelok-eloknya, fikir masak-masak. Adakah anda dapat menjaga hati ini untuk tidak  jatuh dalam lembah kemaksiatan. Maksiat hati itu, adalah yang paling susah dikawal. Yakin pada Allah, bahawa Dia akan mengurniakan kita jodoh yang terbaik sekiranya kita berusaha untuk menjadi HAMBA yang terbaik di sisiNya.
MAKSIAT memiliki pengaruh bahaya dan buruk bagi hati serta fizikal manusia. Antara pengaruh buruk serta bahaya dosa, ia akan memadamkan cahaya ilmu yang dikurniakan Allah dalam hati. Imam Malik pernah mengagumi kecerdasan Imam Syafie yang masih muda, memiliki ketajaman otak dan kesempurnaan pemahaman.
Imam Malik berkata: “Aku melihat Allah meletak cahaya dalam hatimu, kerana itu jangan kamu padamkan dengan kegelapan maksiat.”
Insya-Allah! Jom! Kita sibukkan diri agar dapat kuatkan diri dan hati.  Mari! Kita ubah prinsip, andai sebelum ini kita jadikan agama landasan untuk menghalalkan apa yang haram, sekarang kita jadikan agama sebagai landasan menolak untuk mengadakan hubungan percintaan sebelum pernikahan. Ayuh semua sekali! Kita abadikan doa ajaran Rasulullah ini dalam sujud ;
“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang bertaqwa” (Al-Furqan 25:74″)
Ingatlah! percintaan selepas adanya ikatan perkahwinan yang sah akan mendapat keberkatan Allah, mawaddah warahmah akan kekal subur dan sentiasa mekar dalam keberkatan.

Wallahualam =)
” jaga diri, jaga iman “

Sunday 23 October 2011

Hidayah ALLAH

Bismillahhirahmanirrahim
Asslaamualaikum wbt




Hampir 2 bulan ana menyepi. Langsung tidak tercari masa untuk meng'update' blog. Mungkin benar kata sesetengah orang, masa 24 jam sehari tidak cukup untuk kita selesaikan segala urusan. Semakin d kejar dunia semakin jauh ia pergi. Terlalu banyak perkara berlaku sepanjang tempoh 2 bulan ini. Benar..Allah itu sebaik2 perancang. Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. 


"aku telah redha bahawa Allah itu Tuhanku, dan Islam itu agamaku, dan Muhammad itu adalah nabi dan rasulku"


Ana redha dengan setiap ketentuanNya walaupun kekadang ianya pahit untuk ditelan. Diusahakan jua diri ini untuk menerima hakikat bahawa ana sudah bergelar pelajar madrasah Solehah, sebuah program realiti TV Al Hijrah. Bagaimana ana boleh terjebak dengan program ini? Kelakar sangat. Hehe. Sesungguhnya Allah itu mendengar rintihan hambaNya. Waima ianya lintasan hati sahaja, Allah tahu. Allah Maha Mendengar. Subhanallah. Mungkin inilah wasilahnya. 



23 Julai yg lalu, selesai program Janataqwa di Taski Abim bersama-sama dengan hewi2 yang lain, kami mendapat satu jemputan untuk ke audition program realiti solehah TV Al Hijrah oleh Ustaz Suhardi. Maka untuk memenuhi jemputan itu, kami dengan muatan 3 buah kereta ke Merdeka Palace untuk sesi ujibakat. Pengerusi Hewi, Siti Raufa Sufrina, Timbalan Pengerusi Hewi 2, Hartini Mardan serta ana pergi untuk mencuba nasib dalam ujibakat ini. Tidak terniat langsung untuk mengikuti ujibakat ini kerana memikirkan dan sedia maklum bahawa ana belum cukup syarat untuk menyertainya. Huhu. 


Memegang nombor giliran 725, ana melangkah masuk ke bilik ujibakat dengan pelbagai persoalan di minda. 'soalan ape ek diorang nk tye' 'habisla aku kalo diorang tye sal dalil quran' 'jawab je la soalan yg d tya' 'ape nak jadi, jadi la' 'janji aku dah lepas audition, xdela rase bersalah kt ustat sehardi' ini adalah antara perkara2 yang bermain di fikiran ana. Sungguh ana x terfikir langsung untuk berada di bilik ujibakat itu. Mungkin ada hikmah di sebalik semua ini.


16 ramadhan, i had a call from 0322601766. Pada mulanya, ana just ignored the call sebab salu je dapat panggilan dari bank yg saje je nk buang masa call salah orang. Huhu. Until the 3rd time calling, i was suspicious. Dis must be an important call from someone. So, ana jawab panggilan tu, n pertanyaan pertama 'ni adibah ke?' well, dalam kepala trus terfikir, x mungkin kali ni org salah call kot. That call in the morning really change me now!




Perlu diinsafi dan disedari bahawa taufik dan hidayah yang dianugerahkan Allah kepada manusia sebenarnya tidak boleh diukur berdasarkan kepada keadaan zahiriah seseorang individu. Peluang yang terbuka untuk mendapatkan taufik dan hidayah adalah berada di dalam Al.Quran, oleh itu baca dan fahamilah Al.Quran, insya Allah kita akan kenal Allah (Tuhan) yang mencipta sekalian alam ini, termasuk mengenal diri kita sendiri.



Firman Allah yang bermaksud:
"Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu; dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman".
(Surah Yunus, ayat 57)





Sebaliknya, Allah mengurniakan hidayah-Nya kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya ,
 akhirnya jadilah mereka itu hamba Allah yang benar-benar beriman dan bertakwa. Maka apabila Allah sudah campakkan hidayah pada hati kita, maka berdoalah selalu moga Allah tidak menarik balik hidayahNya. 



Wallahualam =)

 

Pink Girlz Blogger Template | Blogger Clicks Design