kuning kuning




Top List!


Get spotted HERE!

Jom Poret!

Widget

Tuesday 9 August 2011

Amalan Apa Yang Anda Amalkan?

Bismillahiraahmanirrahim
Assalamualaikum wbt 

"Ya Allah, jadikanlah puasaku, puasa orang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malamku, ibadah orang benar-benar mengerjakan ibadah. Dan jagalah aku dari tidurnya orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku wahai Tuhan sekalian alam. Dan Ampunilah aku wahai Tuhan maha pengampun daripada segala dosa."

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk sama-sama merasai nikmat puasa pada tahun ini. Nikmatnya berpuasa hanya Allah sahaja yang tahu. Orang yang berpuasa itu memiliki dua kegembiraan, iaitu kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan ketika menghadap Tuhannya. Alangkah nikmatnya bepuasa. 

Puasa itu nikmat. Kuasa Allah, Subhanallah. Jika kita niat puasa, tidak sahur pun kuat. Walaupun hanya bersahur dengan segelas air kosong dan sebiji kurma, insyaAllah kita akan dapat berpuasa jika niat nya memang berpuasa lillahi taala =) Kenikmatan berpuasa semakin dirasai apabila solat wajib ditambah dengan solat sunat, subhanallah..nikmatnya <3 

InsyaAllah, untuk ramadhan kali ini, ana berazam untuk khatam kitab agung umat Islam yakni Al-Quran Nur Kareem,kitab yang tidak ada sebarang syak padanya. Allah SWT telah menamakan Al-Quran dengan pelbagai nama. Di antaranya Al-Quran, Al-Furqan, Al-Kitab, Al-Tanzil dan sebagainya.


Firman Allah SWT :

“(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar.” (Surah Sod – Ayat-29).


InsyaAllah, moga Allah beri peluang buat ana untuk melangsaikan azam ana pada tahun ini. Solat dhuha juga menjadi kebiasaan ana sebelum ini. Tetapi apabila musim cuti semester ini, sejak 3 bulan yang lalu, ana lalai. Ana terlalu sibuk dengan urusan dunia sehingga mengabaikan rutin juga tanggungjawab ana untuk menunaikan solat dhuha pada waktu pagi. InsyaAllah, moga ramadhan kali ini Allah beri kekuatan buat ana untuk istiqamah bukan sahaja untuk bulan ramadhan ini tetapi juga untuk selamanya. InsyaAllah. Sememangnya ana sedang diuji.


Jika anda merasakan anda sedang diuji, maka ingatlah bahawasanya manusia lain yang berjuta-juta diluar sana juga turut diuji oleh Allah dengan cara ujian yang berbeza.

Dan satu perkara yang ana yakin dan berpegang dengannya, ujian dari ALLAh itu adalah tanda sayang dan tanda untuk menjadikan manusia menjadi manusia yang lebih baik dan kuat untuk  menghadapi dugaan demi dugaan yang mendatang. Belum beriman seseorang itu sebelum dirinya diuji. 

Sememangnya, ujian ujian yang Allah turunkan sebenarnya mematangkan diri ana dan membuat ana mulai berfikir seperti seorang dewasa. Alhamdulillah, terima kasih  ya Allah, Kau masih menyanyangi hambaMu ini. 




p/s : Berpuasa pada bulan Ramadhan dan berpuasa sebanyak tiga hari pada setiap bulan akan menjauhkan fikiran jahat daripada hati dan membersihkannya.


Wallahualam =)
  



0 comments:

 

Pink Girlz Blogger Template | Blogger Clicks Design