kuning kuning




Top List!


Get spotted HERE!

Jom Poret!

Widget

Monday 11 July 2011

Puasa

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt

” Ya Allah, dengan Engkau kami melalui pagi dan dengan Engkau kami melalui petang,
dan dengan Engkau kami hidup dan dengan Engkau kami mati,
dan kepada Engkau kami kembali. “

Time just flies. Tak sangka hari ni dah hari Isnin. Macam macam perkara dah berlaku for the past few days. 
Thursday : Majlis Ratib bersama Habib Muhammad Alwi Al- Attas
Memang rutin mingguan ana. Setiap hari khamis akan menghadiri majlis ratib. Ini bertujuan untuk menyucikan rohani. Ana merasakan diri ana terlalu kosong dan perlu diisi dengan sesuatu yang tenang. Ana hadirkan diri dengan majlis majlis ilmu. Demi untuk mengisi diri ini dengan sesuatu. Ana masih dan sedang mencari sesuatu dalam hidup ini yang ana sendiri tak tahu bila akan ana temui. 


Friday til Sunday : Famliy Day 

Alhamdulillah. Hari ini ana satu family berkumpul untuk Family Day DBKU. Ayah ana tempah dua bilik. Satu untuk ktorang dan satu lagi untuk pekerja ibu ana =) suka sangat sangat bila satu keluarga berkumpul. Alhamdulillah bersyukur sangat sangat bila tengok keluarga berkumpul dan spend masa together. Buat adik-adik ana, aziz dan afiqah yang tidak berkesempatan bersama sama ktorang. Kalian sentiasa di hati <3

HARI INI SAYA NEKAD!

Menyedari diri ini semakin melebar, ana ambil keputusan untuk berdiet dengan serius. Berat mencecah ** kg benar-benar membuatkan ana berasa sangat risau. Lumrah alam. Memang kaum hawa sangat sensitif bila masuk bab berat badab. SOB SOB. Huhu. Ana nekad nak puasa seminggu. Hoho. Semangat giler bangun seawal jam 4 pagi untuk bersahur bersama sama ibu ana. Ibu yang melahirkan ana. Ibu yang penyayang. Ibu yang penyabar. Ibu yang ana sayangi. Ibu yang ana hormati. Ibu yang ana tidak sesekali akan menyakiti hatinya. InsyaAllah. Dialah ibu ana. Fathah Haji Bujang. Idola ana. Ibulah contoh ikutan ana. Contoh terbaik. Alhamdulillah =) 

Semangat sangat puasa. Sekali the next day. ABC la pulakkkkk....=( huhu. Tapi xpe. Ana teruskan dengan diet ana. Ana masih setia menemani ibu ana bersahur setiap pagi. *ibu ana ganti puasa* hehe. Ana dah habis ganti daaaa =)

Tuesday : Meeting bersama pihak IKMAS

InsyaALLAH IKMAS dengan kerjasama PERKEPIS akan mengadakan program Muslimat Treassure Heart pada 16-18 Julai 2011 bertempat di Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak IKMAS. Jam 2 petang ana, kak dijah, kak comel, dan tini berada di IKMAS untuk bertemu dengan wakil IKMAS bagi membincangkan perancangan serta gerak kerja program. Modul keseluruhan akan disediakan oleh PERKEPIS. Tamat perbincangan pada jam 4 petang. Kami berempat meneruskan lagi perbncangan yang mendalam di sekretariat PERKEPIS bertempat di Jalan Gita. Perbincangan mengenai modul modul yang sesuai serta pemiliham fasilitator adalah agenda utama. Agak penig untuk memilih modul yang bersesuaian dengan program dan kumpulan sasaran. Ohya, lupa pulak nk cakap..kumpulan sasaran untuk program ini adalah semua pelajar muslimat IKMAS yang secara totalnya 115 orang. Perbincangan berakhir pada jam 9.30 malam. Huhu. 

Sedeh sangat masa ni. Dah janji dengan ibu ana nak balik pada jam 8.30 malam sebab nak teman ibu ke pasar beli barang barang untuk jualan kantin pada keesokan harinya. Ibu tunggu ana sejam. Rasa bersalah sangat sangat. Maafkan ana bu =( Sebagai seorang anak, juga seorang yang mempunyai tanggungjawab dalam perjuagan Islam, ana perlu bijak membahagikan masa dan keutamaan. Alhamdulillah syukurrrr ya Allah, ana dikurniakan seorang ibu yang sangat memahami gerak kerja ana. Berleter jauh sekali malah amat menggalakkan ana dalam kerja dakwah. Sentiasa ana berdoa moga Allah meluaskan lapangan rezeki ibu ana juga memberi nikmat kesihatan buat ibu ana. Sentiasa ibu ana yang ana ingat. Ibu yang menjadi asbab ana masih lagi ada di dunia ini. Ibu yang tiada bandingan. Idola ana. Untuk ana benar benar mencontohi ibu agak mustahil Sifat ibu ana yang luar biasa penyabar, memang ana akui, ana tidak se-penyabar ibu ana. Mohon Ya Allah. jadikanlah aku  dalam golongan yang sabar. Amin.

P/S : Setiap manusia mempunyai kelemahannya tersendiri. Ini kerana, "lemah" adalah salah satu sifat makhluk, dan manusia juga adalah salah satu makhluk ciptaan Allah. Tiada seorang 
manusia pun yang sempurna, sehingga tiada satu pun cacat cela pada sifatnya


Wallahualam =)

0 comments:

 

Pink Girlz Blogger Template | Blogger Clicks Design