kuning kuning




Top List!


Get spotted HERE!

Jom Poret!

Widget

Tuesday 12 July 2011

Keluarga baru

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt

'' Maha Suci Tuhan yang memiliki kebesaran dan kemuliaan daripada segala sifat tercela yang cuba diletakkan ke atas-Mu. Salam sejahtera untuk para rasul utusan. Dan segala puji hanya layak untuk Allah, Tuhan sekalian alam''

Alhamdulillah Induksi Pimpinan PERKEPIS berjalan dengan lancar sepanjang 3 hari 2 malam (8-10 Julai 2011) di Homestay Saftuyah, Pasir Pandak. Satu saf satu keluarga. Ana mengisytiharkan ana mempunyai keluarga yang kedua yakni keluarga perjuagan ana, Perjuangan serta matlamat kami adalah sama iaitu menyampaikan dakwah. Keluarga inilah yang akan menjadi penggerak serta nadi perjuangan ana. Keluarga yang dipimpin oleh saudara Hisyamudin Roslan selaku Yang Di-Pertua. Wala' kepada YDP adalah keutamaan kami dalam satu saf satu keluarga. InsyaAllah, segala permasalahan akan dikongsi bersama seperti sebuah keluarga.

Perjuangan dakwah yang kita lakukan pada hari ini tidak akan berarti jika kita tidak tulus dalam melaksanakannya. Yang paling penting adalah kefahaman kita dalam menjalankannya dan niat yang tulus dari dalam hati nurani yang paling dalam. Para sahabat tidak akan merasa bahagia jika mereka tidak meluruskan niat mereka untuk hanya mencari redha Allah semata. Makanya setiap perjuangan mereka selalu dihiasi dengan semangat membara tanpa ragu untuk memasuki medan pertempuran. Sudah banyak cerita para sahabat yang mati syahid demi membela islam ini. Perjuangan kita hanya menyampaikan dakwah tanpa melewati peperangan. Alhamdulillah, syukur Ya Allah..kerana dilahirkan di bumi yang aman. 

Dalam berdakwah pasti ada onak dan durinya. Pasti ada cabarannya. Pasti ada pasang surutnya. Yang terpenting adalah persatuan kita sesama muslim, jangan membeza-bezakan antara yang satu dengan lainnya. Perbezaan itu diciptakan oleh Allah adalah untuk saling kenal mengenal diantara kita bukan untuk memusuhi diantara kita. Setiap yang Allah ciptakan pasti ada hikmah di sebaliknya. InsyaAllah =) 

Pelbagai aktiviti dirangka untuk sepanjang sesi 2011/2012. Kita hanya mampu merancang tetapi Allah yang menentukan. InsyaAllah, setiap kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Ana berpegang kepada prinsip ini. Allah akan membatu hamba hambaNya yang membantu di jalan Nya. Belum beriman seseorang itu sebelum dia diuji. Dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pendakwah, pasti ada ujian ujian tertentu yang Allah turunkan sesuai dengan kemampuan seseorang individu itu.

 ''Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya'' =)

Ujian-ujian inilah yang akan menjadi pengukur sejauh mana keihklasan kita dalam berjuang di jalan Nya. Sebuah pergerakan yang baik adalah pergerakan yang di kerjakan secara amal jama’i. Kerana dengan bergerak secara jama’i semua masalah yang datang, InsyaAllah pasti dapat diselesaikan. Masalah yang datang ke jalan dakwah ini sangat banyak sumbernya. Terpulang kepada kita untuk menepis segala bentuk masalah ini dengan cara yang rasional dan profesional.

Doa dan harapan ana, buat saf kepimpinan yang baru ini, moga kita sama-sama bergerak dalam satu saf sebagai satu keluarga demi meneruskan perjuangan Rasulullah saw dalam menyampaikan dakwah sehingga ke hembusan nafas yang terakhir. InsyaAllah, moga kita sama-sama beroleh barakah serta rahmat dariNya. Aminn

p/s : Hilangkanlah rasa ego elemen kita, serta hilangkan kepentingan golongan kita. Mari sama-sama kita jalankan bangsa ini dengan penuh persatuan dan kesatuan serta keikhlasan yang benar-benar untuk kepentingan agama islam

Wallahualam =)

0 comments:

 

Pink Girlz Blogger Template | Blogger Clicks Design