kuning kuning




Top List!


Get spotted HERE!

Jom Poret!

Widget

Thursday 12 April 2012

Interrupted

Assalamualaikum. Well, sedang ana ber'fb' and i just posted my status. Suddenly, hamba Allah respond t my status n gave dis. Sentap abis +_____+

".....Isu memendam perasaan.

Pada saya, bila kita sudah suka kepada seseorang, pertamanya yang kita perlu lakukan adalah menyelidik siapakah yang kita suka itu. Bagaimana dia. Apakah menyenangkan jiwa kita? Apakah kita senang dengan keadaan keluarganya? Saya sendiri tidak menetapkan apa-apa level dalam hal ini. Pokoknya, kita senang dengan dia, dan kita senang dengan keluarganya.

Keduanya, bila rasa senang dengan itu semua, pergilah kepada Ibu Bapa kita, dan nyatakan hajat kita itu. Berbincanglah dengan Ibu Bapa akan baik buruk tindakan kita, akan keadaan diri dan kemampuan kita. Pandangan Ibu Bapa sangat penting bagi mengimbangi otak dan jiwa kita yang disapa 'cinta'. Kadangkala, orang yang disapa cinta ini, 'mereng' sikit pertimbangannya. Kadangkala.

Ketiganya, selepas rasa yakin, pergilah usahakan merisiknya dengan jalan yang baik untuk mengetahui sudah berpunya atau belum. Sekiranya belum, lamarlah dengan jalan yang baik. Jika ditolak, boleh tanya kenapa. Kalau kekurangan yang boleh diperbaiki, boleh diusahakan, maka berusahalah memperbaikinya. Kalau kerana benda yang tidak boleh diubah seperti kerana kita terlalu tinggi, kulit terlalu cerah dan sebagainya, tinggalkan sahaja orang sebegitu., dan carilah yang lain.

Keempatnya, sekiranya diterima, maka berusahalah mencapai 'mampu' untuk berkahwin. Pertunangan tidak perlu terlalu lama. Namun ini terpulang kepada situasi dan keadaan masing-masing. Apa-apa pun, saya tegaskan di sini, dalam sesi pertunangan itu, selain mengambil peluang berta'aruf, fokuskanlah kepada 'usaha untuk mencapai mampu' dengan peningkatan peribadi, peningkatan ilmu, peningkatan kekuatan untuk mencari sara hidup, dan sebagainya.

Ta'aruf itu biasa-biasa sahaja. Rilek-rilek sahaja. Lepas kahwin boleh sambung panjang. Tetapi 'kemampuan', itu bukan benda yang mudah. Kena mula awal, kena serius usaha capai. Ini yang ramai remaja malas nak kisah. Kisahnya perasaan sahaja, syok berhubungan dengan pasangan sahaja. Pada-pada la. Fikir mana yang lebih utama!

Pada saya, begitulah.
Ringkasnya, saya akan cakap: "Kalau suka, beritahulah. Buat apa pendam."
Tetapi orang melayu ni banyak songeh. Bila cakap begitu, budak-budak sekolah rendah pun rasa dia patut bagitahu dekat kawan darjah limia yang dia suka. Orang-orang tua pun sampai cakap pada saya: "Habis, yang budak tingkatan tiga pun kena luah la?" Adoi...

So kenalah saya karang status panjang ini.

Konklusinya, bila dah suka, beritahulah. Buat apa pendam. Tetapi fikir-fikir jugalah keadaan diri. Perkara ini, jalankanlah dalam keadaan berjaga-jagalah dan berhati-hati.

Masa dan perancangan, adalah antara yang memainkan peranan penting di dalam hal ini.

Selain niat dan matlamat yang jelas, dalam mencintai seseorang.
--------------------------------------
Geng-geng yang sokong pendam,
dipersilakan menanti 'orang yang tertulis di lauh mahfudz' untuk anda.
Saya tidak kisah pun.

Ini hanya khas untuk yang rasa tak logik laci boleh terbuka sendiri tanpa usaha, dan tahu bahawa Allah dan Rasulullah SAW sendiri mengisyaratkan 'usaha dan ikhtiar' dalam pemilihan pasangan.

Sekian.
^^



0 comments:

 

Pink Girlz Blogger Template | Blogger Clicks Design