kuning kuning




Top List!


Get spotted HERE!

Jom Poret!

Widget

Friday 13 January 2012

Surat untuk calon suamiku

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Ke hadapan calon suamiku,

Apa khabar imanmu hari ini? Sudahkah harimu ini diawali dengan rasa syukur kerana dapat menatap kembali fananya hidup ini? Sudahkah air wuduk menyegarkan kembali ingatanmu atas amanah yang ketika ini sedang engkau genggam?

Wahai calon suamiku,

Tahukah engkau betapa Allah sangat mencintaiku dengan dasyatnya? Di sini aku dilatih untuk menjadi dewasa, agar aku lebih bijak menyikapi sebuah kehidupan dan sedia mendampingimu kelak. Meskipun kadang kala keluh dan putus asa menghampiri, namun kini kurasakan diri ini lebih baik. 

Kadang kala aku bertanya tanya, mengapa Allah selalu meguji tepat di hatiku. Bahagian terlemah diriku, namun aku tahu jawapannya. Allah tahu di mana tempat yang paling tepat agar aku sentiasa kembali mengingatiNya, kembali mencintaiNya. Ujian demi ujian insyallah membuat aku menjadi kuat, sehingga kelak kita bertemu, engkau berbangga memiliki aku dihatimu, menemani harimu.

Calon suamiku,

Entah di mana dirimu sekarang. Tetapi aku yakin Allah pun mencintaimu sebagaimana Dia mencintaiku. Aku yakin Dia kini sedang melatihmu menjadi mujahid yang hebat, hingga aku bangga memilikimu kelak. Apa yang kuharapkan daripadamu adalah kesolehan. Semoga sama halnya dengan dirimu. Kerana apabila kecantikan yang engkau harapkan daripadaku, hanya kesia-siaan yang engkau dapatkan.

Aku masih hauskan ilmu. Namun berbekal ilmu yang ada ketika ini, aku berharap dapat menjadi isteri yang mendapat keredhaan Allan dan dirimu, suamiku.

Wahai calon suamiku,

Ketika aku masih di bawah jagaan ayah dan ibuku, tidak lain doaku agar menjadi anak yang solehah, agar kelak dapat menjadi tabungan keduanya di akhirat. Namun nanti, setelah menjadi isterimu, aku berharap menjadi pendamping yang solehah agar kelak di syurga hanya aku yang menjadi bidadarimu, mendampingi dirimu yang soleh.

Aku ini seorang pencemburu. Tetapi kalau Allah dan Rasulullah lebih engkau cintai daripada aku. aku rela. Aku harap begitu pula dirimu.

Pernah suatu ketika aku membaca sebuah kisah; "Aku minta pada Allah setangkai bunga besar, Dia memberikukaktus berduri. Aku minta pada Allah haiwan kecil dan cantik, Dia memberiku ulat bulu. Aku sempat merasa kecewa. Betapa tidak adilnya dunia ini.

Namun kemudian, kaktus itu berbunga indah. Dan ulat pula berubah menjadi kupu kupu yang sangat cantik. Itulah Allah, Dia tidak memberi apa yang kita inginkan, tetapi Dia memberi apa yang kita perlukan."

Aku YAKIN engkaulah yang aku perlukan, meski bukan seperti yang aku harapkan.

Calon suamiku yang dirahmati Allah,

Apabila hanya sebuah mahligai menjadi perahu pernikahan kita, tidak akan kunamakan ia mahligai derita. Kerana itulah markas dakwah kita, dan akan menjadi indah ketika kita hiasi dengan cinta dan kasih sayang.

Ketika kelak lahir generasi penerus dakwah Islam daripada pernikahan kita, bantu aku mendidiknya dengan harta yang halal, dengan ilmu yang bermanfaat, terutama dengan menanamkan pada diri mereka ketaatan kepada Allah. Bunga akan indah pada waktunya. Ia akan mekar menghiasi taman. Maka kini sedang kupersiapkan diri ini sebaik-baiknya, bersedia menyambut kehadiranmu dalam kehidupanku.

Kini aku sedang belajar menjadi yang terbaik. Meski bukan umat yang terbaik, tetapi setidaknya menjadi yang terbaik di sisimu kelak.

Calon suamiku,

Inilah sekilas harapan yang kuukirkan dalam rangkaian kata. Seperti kata orang, tidak semua yang dirasakan dapat diungkapkan dengan kata kata. Itulah yang ku hadapi kini. Kelak bola kita bersama, di situlah engkau akan memahami diriku, sama halnya dengan diriku yang akan belajar memahami dirimu.

Hidup ini indah bila engkau selalu hadir di sisiku setiap waktu, hingga aku menghembuskan nafasku yang terakhir.

Wassalamua'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...


Adakalanya proses pencarian itu menemui ubat yang pahit. Namun, YAKINLAH ada rahsia Allah disebalik setiap perkara yang berlaku. Sebahagian ulama menjelaskan, tidak seharusnya orang yang ingin menjalankan urusan dunianya sehingga dia meminta pada Allah pilihan dalam urusannya tersebut iaitu dengan melaksanakan solat istikharah. Istikharah adalah memohon agar dipilihkan dan diberi kecenderungan bagi memilih yang baik. 

Melihat dalammimpi mengenai pilihannya bukanlah syarat dalam istikharah kerana tidak ada dalil yang menunjukkan hal ini. Yang tepat, istikharah tidak mesti menunggu mimpi. Dan tidak ada kegiatan kegiatan lain selepas melakukan solat istikharah, seperti melemparkan kertas undian, membuka al Quran secara rambang dan membaca ayat pertama. Apabila ayat tersebut berbicara tentang perkara baik, maka pilihannya adalah baik dan apabila ayat tersebut berbicara mengenai sesuatu yang buruk, maka pilihannya buruk. Perbuatan seperti itu adalah perkara bidaah yang tidak ada dalilnya.

Yang menjadi pilihan dan sudah menjadi nekad untuk dilakukan, maka itulah yang dilakukan. Jika memang yang menjadi pilihannya tadi sukar dilakukan, maka ia bererti pilihan tersebut tidak baik untuknya. Namun jika memang pilihannya tadi adalah baik untuknya, pasti ALLAH mudahkan urusannya.

p/s : Peringatan untuk diriku, Allah selalu mendengar doa doa hambaNya, Jodoh itu pasti akan datang, bersabarlah.

" Khas buat calon suamiku, aku mahu pada pertemuan kita kelak, aku kelihatan 'sempurna' dihadapanmu meskipun pada hakikatnya masih banyak lagi kelemahan pada diriku ini. Moga dirimu dan keluargamu seluruhnya menerima aku seadanya. Bukan harta, paras rupa dan keturunan yang aku lihat dalam mencari dirimu. Cukuplah agama sebagai pengikat kasih antara kita "


0 comments:

 

Pink Girlz Blogger Template | Blogger Clicks Design