Bismillahirrahminirrahim
Assalamualaikum wbt
Rasulullah bersabda “ Sesungguhnya hati itu berkarat sebagaimana besi berkarat. Cara membersihkannya adalah dengan mengingat Allah [dzikrullah] ”
“ Qalbu berkarat karena dua hal yaitu lalai dan dosa. Dan pembersihnyapun dengan dua hal yaitu istighfar dan dzikrullah” [HR.Ibnu Ab’id dun ya Al-Baihaqi]
Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga ana panjatkan ke atas ILLAHI di atas kurniaan iman dan islam. Syukur sangat sangat kerana masih lagi diberikan kesempatan dan peluang untuk menunaikan rukun islam yang ke 3 iaitu berpuasa di bulan ramadhan.
Ana memang menunggu saat ini saat umat islam berpesta ibadah. Termasuk ana sendiri tidak mahu melepaskan peluang melakukan ibadah dengan sebanyak yang mungkin, InsyaAllah. Ana mengharapkan ramadhan kali ini akan memberi 1001 makna buat ana dan keluarga. Pelbagai cabaran dan rintangan, pelbagai anok dan duri yang telah kami sekeluarga tempuhi. Alhamdulillah ini semua mengajar kami sekeluarga erti kesbaran. Ana percaya dan ana yakin, darjat orang yang bersabar sangat tinggi. Inilah yang telah Allah janjikan.
5 HARI DI KUALA LUMPUR
Alhamdulillah kami sekeluarga sempat bercuti di Kuala Lumpur pada 28 Julai hingga 1 Ogos yang lepas. Tujuan sebenar percutian ini adalah untuk buat SUPRISE VISIT kat adik ana, Afiqah yang sekarang menuntut di tahun terakhir di INTEC, Shah Alam dan insyaAllah bakal melanjutkan pelajaran di Jepun pada tahun hadapan dalam bidang kejuruteraan, Moga Allah permudahkan urusannya. Aminn =)
Kitorang balik ke Kuching pada hari pertama ramadhan. Alhamdulillah kami sekeluarga bersahur pada jam 4 pagi sebelum berangkat ke LCCT pada jam 6.15 pagi dengan 2 buah teksi,. Alhamdulilllah, Allah kurniakan rezeki lebih pada tahun ini. Maka kami sekeluarga berpeluang membeli belah di Kuala Lumpur di samping melihat2 tempat orang =)
JANATAQWA HEWI PERKEPIS EDISI JULAI 2011, 23 Julai
Syukur dipanjatkan ke hadrat ILLAHI, kali ini HEWI PERKEPIS sekali lagi dengan jayanya telah mengadakan JANATAQWA EDISI JULAI 2011 bertempat di Taski Abim, Sri Wangi. Seramai 30 orang peserta telah menghadirkan diri iaitu dari kalangan hewi PERKEPIS dan juga guru guru taski seluruh Kuching =)
Antara aktiviti yang telah diadakan adalah sesi taaruf dan juga perkongsian ilmu mengenai kisah perjuangan Siti Khadijah Al-Kubro yang disampaikan oleh Saudari Dyg Noraida juga sesi tazkirah mengenai aurat yang disampaikan oleh saudari Hartini Mardan. Kami juga telah dibahagikan kepada 4 kumpulan untuk membincangkan mengenai amalan sebelum semasa dan selepas bulan ramadhan. Alhamdulillah banyak input telah diperoleh.
MUSLIMAH TRESSURE HEART, IKMAS
ALHAMDULILLAH pada 16-18 Julai 2011, Majlis Hal Ehwal Siswi (HEWI) Perkepis telah dijemput untuk mengadakan program “Muslimah Tresure Heart 2011” dengan kerjasama Lujnah Dakwah & Tarbiyyah, Majlis Perwakilan Mahasiswa di Institut Kemahiran Malaysia Sarawak (IKMAS).
Seramai 115 orang mahasiswi IKMAS, 8 orang urusetia IKMAS, 10 orang fasilitator HEWI Perkepis dan 6 orang urusetia HEWI Perkepis telah terlibat dalam penganjuran program ini. Program yang dijalankan 3 hari 2 malam ini berfokuskan pengisian berbentuk kepimpinan, kerohanian, pengurusan diri dan kemahiran hidup.
Pada hari pertama, pengisian modul LDK dan LLK menekankan konsep ta’aruf dan perkenalan. Jumlah kumpulan ialah 9 kumpulan. Modul yang diketengahkan agak memberi impak kepada para peserta yang terdiri daripada berlainan semester dalam satu iaitu dari semester 1 hingga semester 5. Pelajar junior dan senior yang sebelumnya kurang berukhwah mengaku dengan aktiviti yang dijalankan, mereka telah memecahkan benteng yang menjarakkan mereka selama ini.
Pada hari kedua, modul yang digunakan ialah tentang adab, kepimpinan dan pengurusan. Para peserta dilihat sangat berkebolehan dalam kemahiran pengucapan umum dan modul yang diberikan ini memberi ruang kepada mereka berfikir secara kritis tentang isu-isu kewanitaan.
Dan pada hari ketiga, para peserta diberi peluang mengutarakan resolusi dan respon kepada program yang julung-julung kali diadakan di IKMAS. Majlis Perasmian Penutupan program telah disempurnakan oleh Ustaz Hasfa Bakry bin Hassan, Ketua Bahagian Akademik dan Peperiksaan IKMAS.
Antara penceramah yang dijemput untuk program tersebut ialah Ustaz Hj. Azmi Hj. Sha’ari dengan tajuk ceramah “Kita Hamba, Kita Khalifah” dan Ustaz Khairul Anwar Shazali dengan tajuk ceramahnya “Realiti Kampus dan Cabaran Mahasiswi Masa Kini”.
Diharapkan program kerjasama antara IKMAS dan PERKEPIS dapat dijalankan lagi pada masa akan datang dengan pengisian yang lebih baik.
Alhamdulillah, ana agak sibuk dengan aktiviti persatuan. Namun inilah sebenarnya pemangkin kepada hijrah ana =) insyaAllah.
p/s: Ramadhan bukan sekadar menghidupkan malam, siang berlapar-laparan dan berletih-letihan. Ramadhan adalah untuk menghidupkan fikiran, hati dan jiwa dengan rasa bertuhan.
Wallahualam =)
0 comments:
Post a Comment