kuning kuning




Top List!


Get spotted HERE!

Jom Poret!

Widget

Sunday, 22 January 2012

Kemantapan Akhlak Pendakwah


Assalamualaikum ikhwah dan akhawat sekalian,
Cara tutur kata dan penampilan seorang pendakwah akan menarik perhatian orang yang mendengar dan melihatnya kerana pada dasarnya jiwa manusia cenderung dan tertarik dengan penampilan yang indah dan baik.
Dari sini kita boleh melihat bahwa yang dipilih sebagai pegawai-pegawai pemasaran hasil keluaran sesuatu kilang adalah orang-orang yang berpenampilan menarik di samping kualiti produk yang terbaik.
Pada hakikatnya, dakwah adalah menawarkan sebuah risalah dan landasan pola berfikir yang tercermin dalam :
  1. Akhlak.
  2. Keperibadian.
  3. Penampilan.
Imam Hasan Al-Banna pernah ditanya :
"Kenapa kamu tidak menyusun buku?"
Beliau menjawab :
"Tugas aku bukanlah untuk menyusun buku kerana buku biasanya akan diletakkan di perpustakaan dan amat sedikit sekali orang yang mahu membacanya. Berbeza halnya dengan seorang muslim, ia adalah 'buku yang sentiasa terbuka' ke mana pun ia berjalan, itu adalah dakwah."
Betapa ramai pendakwah yang tidak pandai bercakap dan berkhutbah tetapi dengan rahmat Allah, ramai mad'u yang berdiri di sampingnya.
Ini disebabkan oleh :
  1. Getaran jiwanya.
  2. Pantulan wajahnya.
  3. Kelembutan perasaannya.
  4. Penampilan yang simpatik.
  5. Keimanan yang mendalam (al-iman al-amiq).
  6. Kefahaman yang tepat dan menyeluruh (al-fahmu ad-daqiq)
yang dimiliki oleh seorang pendakwah.
Ini bukanlah merupakan perkara yang baru kerana ia sudah ada sejak masa-masa awal perjalanan dakwah Islamiah.
Kita boleh menyaksikan sahabat Dihyah Al-Kalbi ra, delegasi Rasulullah saw yang diutuskan untuk menemui Heraklius, penguasa Romawi.
Dihyah ra termasuk dalam deretan sahabat yang terkemuka. Ia mempunyai bentuk tubuh badan yang baik dan wajah yang tampan.
Suatu ketika (tatkala menyampaikan wahyu), Jibril as pernah turun dengan menyerupai Dihyah ra. la bukan termasuk ahli Badar. Peperangan yang pertama kali ia ikuti adalah perang Khandaq. Ia juga ikut serta dalam perang Yarmuk sebagai pemimpin pasukan ketumbukan.
Mush'ab bin Umair ra juga berwajah tampan dan berpenampilan simpatik. Ibnu Sa'ad menceritakan dalam ‘Thabaqat’nya.
"Ibu Mush'ab adalah wanita yang kaya raya. Ia memberikan sebaik-baik pakaian dan sebaik-baik wangian untuk Mush'ab. Seluarnya buatan Hadhramaut. Rasulullah saw pernah bersabda, 'Aku tidak pernah melihat di kota Makkah ini orang yang lebih indah rambutnya, lebih halus pakaiannya, dan lebih banyak kenikmatannya, daripada Mush'ab bin Umair ra.'"
Ja'far bin Abu Thalib ra yang meraih ‘syahadah’ (kesyahidan) dalam perang Mu'tah juga berwajah tampan dan berpenampilan menarik. Beliau termasuk delegasi yang diutus oleh Rasulullah saw kepada para raja dan penguasa.
Dari Abu Hurairah ra, ia berkata bahwa ada seorang laki-laki tampan yang datang kepada Rasulullah saw lalu berkata,
"Ya Rasulullah, sesungguhnya saya adalah orang yang suka keindahan dan saya telah diberi oleh Allah keindahan itu seperti yang engkau saksikan sehingga saya tidak suka jika ada orang yang melebihi saya meskipun hanya berupa sandal. Apakah ini termasuk sifat sombong?"
Rasulullah saw menjawab :
"Tidak, sesungguhnya yang dimaksudkan dengan sifat sombong adalah menolak kebenaran dan meremehkan (menghina) orang lain."(HR Abu Daud)
Begitu pula seorang pendakwah yang hidup dalam sebuah masyarakat atau yang menjadi utusan pada sebuah yayasan atau jamaah, hendaklah sentiasa berpenampilan baik dan berakhlak mulia.
Sebuah ungkapan mengatakan :
"Kejayaan sebuah misi akan bergantung kepada si pembawa misi tersebut."
Penampilan dan akhlak yang baik akan membuatkan orang yang baru sahaja memandangnya menjadi tertarik dan simpati. Maka kita akan menjumpai ada sebahagian orang yang menggantungkan kepercayaan melalui pandangan matanya.
PANDANGAN KASIH SAYANG
Rasulullah saw bersabda :
"Barangsiapa memandang saudaranya dengan kasih sayang niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosanya."
Apakah pandangan yang dimaksudkan oleh hadits di atas?
Adakah ia pandangan sekilas lalu atau pandangan yang dipenuhi keteduhan dan kasih sayang?
Yang dimaksudkan oleh hadits di atas adalah pandangan yang ditujukan pada hati dan mengajaknya berbicara dengan lemah lembut.
Umpama seperti sebuah kamera, hanya dengan satu petikan butang dapat menangkap gambar yang sangat indah.
Itu semua tidak akan dapat direalisasikan kecuali dengan pandangan yang :
  1. Tulus dan suci.
  2. Penuh kasih sayang.
  3. Penuh rasa cinta kerana Allah.
Mata adalah alat terpenting bagi seorang pendakwah dan merupakan wasilah yang memberi kesan yang sangat besar bagi pendakwah.
Ini adalah kerana ketika seorang pendakwah memandang saudaranya sesama muslim dengan penuh kasih sayang, seakan-akan ia telah memberikan hartanya yang paling berharga.
Jika pandangan seseorang yang dipenuhi oleh rasa dengki sahajapun mampu menghancurkan, maka pandangan yang penuh cinta dan kasih sayang juga sangat berpengaruh dalam menghantarkan kepada kebenaran yang akhirnya dapat mempereratkan barisan dan memperkuatkan bangunan. Ini merupakan kekuatan terpendam yang dimiliki oleh manusia.
Apa yang kita sembunyikan dalam hati akan tersingkap dengan tatapan mata. Seorang muslim adalah cermin bagi saudaranya.
Allah swt berfirman :
"Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dalam keadaan tidak mengetahui suatu apa pun dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati agar kamu bersyukur." (QS An-Nahl : 78)
Suatu ketika seorang pendakwah diundang untuk memberikan ceramah di suatu perkhemahan musim panas di salah satu negara Arab. Pendakwah itu sudah biasa mengenali pemuda-pemuda yang ikut serta dalam perkhemahan itu.
Tatkala pendakwah itu datang ke tempat itu pada waktu yang telah ditentukan, ternyata tidak seorang pun menyambut kedatangannya. Beberapa saat kemudian ada beberapa pemuda yang berjalan dengan berhati-hati serta penuh malu menuju ke arah pendakwah tersebut dan itulah yang menyebabkan mereka mendapat hukuman dari ketua perkhemahan mereka.
Suasana pun menjadi sangat kaku dan ianya berlangsung agak lama sehingga pada masa solat berjamaah dan santapan makan pun suasananya masih terasa kaku.
Kemudian pendakwah itu dipersilakan untuk memberikan ‘taushiah’ (nasihat). Pendakwah tersebut sama sekali tidak menyinggung kejadian yang baru sahaja berlaku yang belum pernah dijumpainya sebelum ini.
Setelah acara selesai, dia pun pulang, tetapi khuatir dengan kejadian suasana kaku seperti itu jika tidak diluruskan, pemuda-pemuda tadi akan tercelup atau terbiasa dengan perilaku yang bertentangan dengan ruh dakwah dan ukhuwah Islamiah.
Di atas rasa tanggungjawab tersebut, beliau menyempatkan diri untuk bertemu dengan pemuda-pemuda tersebut.
Dalam pertemuan itu beliau mengatakan :
"Sesungguhnya apa yang saya alami pada pertemuan pertama di perkemahan itu membuatkan saya sedih. Jika peraturan perkemahan adalah seperti itu (iaitu : tidak boleh menyambut tetamu), maka itu adalah sesuatu yang sangat keterlaluan. Peraturan tentera sekalipun tidak melalaikan etika memuliakan tetamu yang mesti disambut dengan hangat, lebih-lebih lagi jika tetamu itu adalah tetamu undangan. Tambahan pula ini adalah perkhemahan berbentuk lslamik.
Rasulullah saw bersabda :
“Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, hendaklah ia menghormati tetamunya." (HR Muslim)
Sebenarnya apa yang saya alami di waktu itu boleh saya jadikan sebagai tema ucapan saya dengan menunjukkan di mana letaknya kesalahan sikap itu namun manhaj dakwah mengajarkan agar saya tidak marah hanya kerana perasaan peribadi. Oleh kerananya, saya tahan perasaan marah saya demi menghormati petugas perkemahan itu. Meskipun pada waktu itu saya boleh membahasnya secara singkat dan dengan sindiran sahaja, tetapi saya lebih mengutamakan ketaatan dan berjalan sesuai dengan peraturan perkemahan.
Kaidah kita dalam memberikan nasihat itu adalah :
Hendaklah nasihatmu terhadap saudaramu kamu lakukan :
  1. Dengan sindiran dan bukan terang-terangan.
  2. Untuk membimbing kepada kebenaran bukan untuk menyakiti.
Saudaraku sekalian, sesungguhnya orang seperti saya ini datang ke tempat ini dengan melalui perjalanan yang panjang dan meletihkan serta menempuh jalan ribuan batu.
Saya datang kepada kamu dengan perasaan rindu dan kasih sayang tanpa ada tujuan duniawi dan tujuan peribadi.
Saya datang untuk melihat wajah-wajah kamu dan itulah nikmat yang sangat besar yang dapat menghilangkan rasa penat dan lelah setelah menempuh perjalanan yang panjang.
Pandangan inilah yang sering terukir dengan untaian kata yang amat indah :
“Barangsiapa memandang saudaranya dengan pandangan penuh kasih sayang,
maka Allah swt akan mengampuni dosa-dosanya.”
Allah swt berfirman :
"Bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang yang menyeru Rabb-nya di pagi dan
petang hari dengan mengharap keridhaanNya, janganlah kedua mata kamu berpaling dari mereka (kerana) mengharapkan perhiasan kehidupan dunia ini dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas." (QS Al-Kahfi : 28)
Apakah setelah semua ini kamu mengharamkan pandangan itu dan menghalangi datangnya ‘maghfirah’ (ampunan) Allah swt?
Tidakkah kamu mengetahui dari perjalanan hidup Rasulullah saw, betapa berharganya nilai sebuah pandangan?
Marilah kita lihat bagaimana kisah Ka'ab bin Malik ra, seorang sahabat yang termasuk dalam deretan sahabat-sahabat yang tidak ikut serta dalam perang Tabuk.
Allah swt menurunkan hukuman kepada ketiga orang itu, di antaranya adalah Ka'ab bin Malik, iaitu agar seluruh kaum muslimin tidak menjalinkan hubungan dengan mereka.
Ka'ab berkata :
'Kaum muslimin telah memencilkan kami selama lima puluh hari hingga bumi ini terasa sempit dan rasanya tidak ada tempat kembali kecuali Allah swt. Sayalah yang paling teguh di antara ketiga orang tersebut.
Saya masih tetap ikut solat berjamaah di masjid dan masih tetap pergi ke pasar walaupun tidak seorangpun yang mengajak saya berbicara.
Saya datang kepada Rasulullah saw yang di waktu itu sedang duduk di masjid selepas mengerjakan solat. Saya mengucapkan salam lalu saya duduk di sebelahnya sambil sesekali memandang kepada beliau. Tatkala saya menatapnya, beliau memalingkan wajahnya.
Saudaraku sekelian, hukuman itu datangnya dari Allah swt. Meskipun demikian, Rasulullah saw yang diutus sebagai rahmat bagi sekelian alam masih tetap memandang kepada Ka'ab ra dan begitu juga dengan Ka'ab yang masih berusaha untuk mencuri pandang.
Hukuman itu adalah untuk pengajaran dan tarbiyah dan bukan untuk balas dendam. Jika kita kehilangan pandangan yang penuh kasih sayang, maka kita telah kehilangan rahmat kehidupan.
Setelah pembicaraan tentang pentingnya pandangan itu selesai, ramai di antara pemuda-pemuda tersebut yang menangis serta air mata mereka membasahi pipi-pipi mereka.
Beberapa hari kemudian ramai di antara pemuda-pemuda tersebut yang mengirim surat mengungkapkan kebenaran apa yang telah pendakwah itu sampaikan.
Siapakah pendakwah tersebut?
Beliau adalah Abbas Hasan As Siisi, seorang dari generasi pertama yang mendapat tarbiyah secara langsung dari Imam Hasan Al Banna. Beliau merupakan seorang yang mempunyai banyak pengetahuan dan pengalaman tentang rahsia hati.
Generasi pertama didikan Imam Hasan Al Banna itu benar-benar telah mengetahui rahsia hati manusia. Oleh kerananya, langkah yang mereka tempuhi memang diorientasikan untuk membersihkan hati mereka dengan hidayah llahiah terlebih dahulu dan kemudian setelah itu mereka memberikan pengetahuan dan pengalaman yang mereka dapatkan kepada orang lain.
Maka dari semua itu, kita dapat memahami bahwa sesungguhnya pendakwah yang mendapat bimbingan adalah mereka yang menyampaikan sesuatu kalimat :
  1. Tepat pada masa dan tempatnya.
  2. Berkesan pada jiwa.
  3. Memberi pengaruh kepada akal.
  4. Bermanfaat.
Ini adalah kerana kata-kata adalah dakwah, maka tingkat kesedaran dan ketelitian berkadar lurus dengan usaha-usaha menyentuh dan mengetuk hati sehingga objek dakwahpun menyambutnya.
Ya Allah, kurniakanlah kepada kami ilham-ilham yang baik sehingga kami mampu untuk memahami rahsia hati ini lalu berusaha untuk mengetuk pintunya, membuka ruangannya, memenuhi dinding-dindingnya, berinteraksi dengan perasaan-perasaan yang mendiaminya serta membimbing dan mengarahkannya ke suatu matlamat yang suci dalam mengagungkan Pencipta dan Pemilik hati ini iaitu Allah Jalla Jalaaluh.
Ameen Ya Rabbal Alameen

copy paste from "somewhere". Peringatan buat ana khususnya. Harap beroleh manfaat bersama.

Saturday, 21 January 2012

AKU TIDAK SOLAT...TETAPI AKU TETAP BERJAYA...itu adalah istidraj...apa itu ISTIDRAJ???


Bismilahirrmanirrahim
Assalamualaikum wbt

*perkongsian dari seorang sahabat dari facebook. Untuk bacaan dan renungan ana terutamanya yg akan selalu membaca entri ini :)

Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.

Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?

Maka saya hendak bertanya kepada anda.

Adakah anda tahu apa itu istidraj?

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?

Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.

Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.

Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.

Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,

“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”

Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.

Nah… Apakah itu yang kita mahu?

Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?

Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”

Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.

Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”

ALLAH menjawab,

“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.

Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.

Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?

Saya yakin tidak..

Anda tenang sekarang?

Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.

Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.

Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.

Thursday, 19 January 2012

Zauj? :)













❤•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤

(¯`v´¯)♥:♫ღ ❤Bismillahirrahmanirrahim...❤.¤*♥*(¯`v´¯)
`•.¸.•`_¶**¶__________________________¶**¶_`•.¸.•`

❤ Assalamu'alaikum warahmatullah wabarakatuh... ❤

(¯`v´¯)"jgn terlalu brharap pd seseorg.. sebaliknya, brdoalah kpdNya.."
`·.¸.·♥¸.•❤•..*•.¸❤¸.•❤•..*•.¸❤.¸♥¸.•❤•..*•.¸❤¸.•❤•´

¸.•✿> Kalau kita sayangkan seseorang itu.....♥
Lepaskan dia pergi... jangan kite halang dia...♥

¸.•✿> Andai sudah tersurat dia milik kita.....♥
Suatu masa nanti, dia pasti akan balik pada kita kembali...♥
Walau sehebat mane sekalipun pengganti yang dia jumpa...♥

¸.•✿> Biar kita kehilangan "sesuatu", krn Allah.....♥
Jangan kita hilang Allah, krn "sesuatu".....♥

¸.•✿> Dan andai kita sayangkan sesuatu benda itu.....♥
Jangan kita genggam ia terlampau kuat...♥
Bimbang nnt, ianya akan pecah di dalam genggaman kita sendiri...♥

"Give ur ❤ to ALLAH 1st .. n later on, ALLAH will give ur ❤ to the RIGHT person.. in the RIGHT place.. at the RIGHT time.. coz, only ALLAH knows, who is the BETTER ❤ Zauj & Zaujah ❤ for all of us... bersabarlah..." ❤





p/s : Allah x berikan apa yang hambaNYA mahu, tetapi Allah berikan apa yang hambaNYA perlu. YAKIN LAH DAN BERSANGKA BAIK TERHADAP ALLAH! 

PACKED!

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt


Alhamdulillah, syukur ke hadratNya maka ana LULUS TEST JPJ semalam :) *18 Januari 2012* Selama setahun lebih ana drive illegal *tawakal* huhu, akhirnya paling cepat, dalam minggu depan, lesen memandu SIAP =) bukan ape ana ni 'kejeron' nak dapat lesen, ini adalah kerana untuk memudahkan ana bergerak ke sana dan ke sini memandu kereta dalam keadaan 'HALAL' =p hihihihi! 

OK! 11.45PM : im back home! My dad, like always..will wait for me sitting on the sofa RIGHT in front of the door when i open the door memang terus akan nampak my dad. I pity him so much! He wont go to sleep samapai la ana balik umah :( huhu. I go to my room, THEN he will go to sleep. SORRY PA TO MAKE U WAIT FOR ME huhu =( 

Schedule ana minggu ni pack sgt2. Huhu. Hari ini selesai meeting PMG dan PERGIS di sekretariat ABIM sehingga jam 5 ptg . Usai makan mlm dan solat maghrib, terus ke kuliah agama Habib Muhammad Alwi Al Attas sehingga jam 10pm. Disambung lagi dengan meeting di sekretariat ABIM besama pimpinan ABIM untuk program maulidur rasul yang akan diadakan awal bulan febuari nanti.

ESOKKKK???? >>>> InsyaAllah akan ke Baitulmal dan ke Pejabat YB NANCY untuk mengambil cek $$$$ *sponsor PERGIS 2012* Alhamdulillah. Tidak juga dilupai, PETRONAS ASTANA yang sudi menyumbang 6 KOTAK air mineral untuk program tersebut! Hihi. MOGA ALLAH MEMBERKATI KALIAN! *amin* :) dan setelah itu, akan mula mengedar dan menge'faks' surat jemputan program PERGIS ke sekolah sekolah. Hohoho! Allah, mudahkan urusan kami! Aminn :) Malam nye pulak, insyaAllah akan ke usrah PERKEPIS! Ana rinduuuu usrah! *love*

TAWARAN MENJADI TUTOR BUDAK DARJAH 4!

2 hari yang lepas terserempat dengan classmate ana semasa makan tgh hari di sebuah restoran di Samarahan. Lalu, bertegur sapa, kerana sudah 4 bulan tidak bersua muka :) rezeki datang lagi! Sahabat ana memberitahu ana tentang kekosongan menjadi tutor untuk pelajar darjah 4 di sebuah tempat tuisyen di Samarahan :) InsyaAllah, akan mula mengajar Ahad ini *kelas ganti Tahun Baru Cina* Kelas akan berjalan seperti biasa pada hari Selasa dann Khamis jam 7mlm hingga 9 mlm. Ana akan mengajar subjek ENGLISH n MATHEMATICS! Subhanallah :) MY FAV! Ana memang sangat sangat suka mengajar. Ana teringat mase dulu, ana berhasrat untuk menjadi guru matematik, PILIHAN  KEDUA di dalam borang UPU, ana memohon untuk menjadi pendidik. HOHO. Bukan rezeki ana :) Allah kurniakan apa yang hambaNya perlu, bukan apa yang hambaNya mahu *love* 


*** kena update my PLANNER! hohohoho. Ya Allah, penuhkanlah, isikanlah masa masaku, setiap saatku bernafas di muka bumi ini, dengan ilmu dan kebaikan yang melimpah. Aminnn =) 


DIA SUDAH SELESAI PEPERIKSAAN

My younger sister, Afiqah Zulkepli just finished here LAST PAPER TODAY! *19.1.2012* dan keputusan peperiksaan akan diumumkan ESOK! *20.1.2012* ok fine. <STRESSS> hoho. The exam just started on 17, 18 n 19th Jan but the RESULT will be annouced on 20 JANUARY 2012! Ana mendoakan moga segalanya dimudahkan. Enti beroleh keputusan cemerlang *amin ya Allah* HYE BABE, wat r u taking actually? YA YA engineering. SPECIFIC PLIZ! I hope u wont choose CIVIL coz dats MINE :p <sister, im proud of u!> miss u! :(

Mari mencapai bintang di langit!
 NOTHING IS IMPOSSIBLE. IMPOSSIBLE IS NOTHING!





Monday, 16 January 2012

Things just dont go ur way

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum wbt

Allah menguji lagi ana, di sini tepat di hati ana. Jiwa seorang wanita yang sensitif. Benar kata pepatah. lidah memang tajam. Sekali lidah berkata kata tidak betul pada tempat dan masanya, sakit nya tertusuk. Tambahan ana memang seorang yang sensitif dan mudah terluka. Ana yakin wanita wanita lain juga mempunyai jiwa yang lembut seperti ana.

11.45PM

I just got home. Seawal 7 pagi tadi, ana bangun melihat ahli keluarga sudah sibuk dengan kerja masing masing. Kerana tidak sempat berbual dengan ibu ana semalam, ana menghantar kiriman sms kepadanya *bilik tidur ibu ana di sebelah bilik ana je* kerana tidak mahu mengganggu ibu yang sedang tidur *ana balik lewat lagi* wat i sent was "ma, esok pagi ma bawak aisyah pegi kantin k?maaf ma, siti ada miting d lua jam 9 pagi*
Ya Allah, serumah pon nak kena hantar sms :( semenjak sibuk dengan programs lately, adik ana yang bongsu, Aisyah, kena di bawak sekali ke kantin ibu ana seawal 4 pagi. Sepatutnya, ana yang kena jaga adik ana dan ibu seperti biasa menguruskan kantinnya. But Alhamdulillah, ibu ana seorang yang sangat memahami gerak kerja ana. Langsung tidak merungut apatah lagi melenting setiap kali ana keluar rumah. Subhanallah, jadikanlah ana seperti ibu ana Ya Allah, sangat sangat memahami dan sentiasa menyokong ana.

I think i am too tired! Emosi mudah terusik. Itu lumrah. Ya Rahman, beri kekuatan pada hambaMu ini untuk terus berdakwah di jalanMu. Aku yakin, setiap ujian adalah tarbiyah langsung dariMu untukku. Inilah bekalan hari hariku untuk terus berada di dunia yang fana ini. Untuk terus hidup berbakti kepada agama. Ya Rahim, aku mohon jadikanlah setiap titisan peluhku dan setiap titisan air mataku, sesuatu yang berharga di kemudian hari kelak. Sesuatu yang bukan sia sia Ya Aziz!

12.53am

InsyaAllah kelas pertama ana bersama pelajar Madrasah Al Khairat pada jam 8.30 pagi untuk satu kelas perkongsian dari ana tentang komunikasi dakwah. Sekali lagi, awal pagi esok ana akan keluar :) *another sms to send to my mom (sleeping dy), untuk bawa aisyah ke kantin bersamanya jam 4pagi esok* MODUL belom lagi di hadam. Ya Allah, mudahkanlah urusan ana, Aminn Ya Rabb!

****NOW i need to rest! Nite to me! :)

charge ur FON siti! OK :) N do not forget to take OFF ur LENSES! *im sleepy*

Sunday, 15 January 2012

Keserabutan

Bismlahirahmanirrahim
Assalamualaikum wbt

Ana rasa sangat serabut ketika ini. Di sebelah kiri ana, ada susuk tubuh manusia. DYG NURAIDA! Kesian kat die mendengar luahan hati ana yang sedang keserabutan. Huhu :( Ya Allah, berikanlah aku ketenangan hati dan jiwa. Serabut kerana apa? *ntah* too many things yang nak dikerjakan dalam masa yang singkat. Huhu.

*ok dats all* BACK TO WORK>>>>>>> another meeting to attend TONITE :) smile Siti :)

ALHAMDULILLAH, selesai meeting bersama KPSU, Encik Bujang Budin :) Kos makanan Perkampungan Menara Gading akan ditanggung oleh KPSU. Fuh! Banyak input yang diberikan oleh Encik Bujang sepanjang mesyuarat selama satu jam yang bermula seawal 9 pagi tadi :)  ana siap buat nota kat my diary :p hehehehe! *rindu nak masuk kuliahhhhh* ##### mana ana letak my calculator????######

next : misi mencari kalkulator :( *serabut nyer*

ok then, banyak yang ana kena list down *THINGS TO DO* kalau tak, konfem lupe :(

mode : sakit kepala >> mengantok.

Allah kuatkan hati ana!

p/s : jom sembang2 jap :)

Another fine day :)

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah selesai satu lagi agenda hari ini :) meeting bersama Syarikat Perundingan Al Azim. Nikmat nya apabila saudara seislam berkumpul sambil membincangkan program program berfaedah untuk kebaikan semua :)

Seawal jam 9 pagi keluar bersama keluarga untuk membeli belah di pasaraya. Jam 12.30 tgh hari ana menunggu ukhti khadijah untuk mengambil ana to attend a meeting with Al Azim's crew. After having lunch together, ba'da Zuhur both of us ke destinasi tempat mesyuarat >>>>>> teratak Ummi Rosmah di Matang Jaya :) di sambut dengan mesra sekali oleh tuan rumah merangkap BOSS Syarikat Perundingan Al Azim, ana dan ukhti khadijah berasa senang sekali. Setelah sekian lama *4bulan dlm solehah* tidak bertemu, pertemuan kali ini menjadi pertemuan perkongsian pengalaman. Ummi Roslina, Ummi Alina dan Ummi Zarifah bersama-sama sekali untuk bermesyuarat sambil lepak lepak ukhuwah di petang hari :) Mesyuarat dibuka dengan Ummul Kitab Al fatihah. Perbincangan dimulakan oleh ana sendiri. Sebelum ini ana ada menerima panggilan telefon dari seorang hamba Allah yang berhasrat untuk mengadakan satu program tentang perubatan islam di Sarawak. *seorang kenalan semasa program SOLEHAH* Beliau bercadang untuk mengadakan program tersebut sekitar dalam bulan Januari ini. Ana cuba untuk cari masa yang sesuai sepanjang bulan ini. Ternyata jadual begitu padat. Kebetulan ana dan sahabat PERKEPIS sibuk menguruskan program lain Perkampungan Menara Gading dan Perkampungan Generasi Insan Solehah. Pada 6-8 Januari yang lepas, baru sahaja selesai program kerjasama PERKEPIS-SMK DEMAK BARU,. Program yang diberi nama 180 DEGREE menghimpunkan 60 pelajar sekolah tersebut yang berpotensi untuk berubah menjadi manusia hebat. INSYAALLAH =) 

Back to story >>> selesai perbincangan :) kata sepakat sudah disepakati *fine fine, bahasa sendiri* hoho! InsyaAllah akan diadakan satu program tentang Cara Perubatan Islam pada hujung bulan febuari nanti kerjasama PERKEPIS-AL AZIM =) 

DURIAN TIME! TIDAKKKKK! I DONT EAT DURIAN =( huhuhu! Everybody seems so excited bile tuan rumah mengeluarkan beberapa BIJI DURIAN untuk di makan bersama di petang hari yang tidak hujan. Huhuhu. Ana akur dan redha dan tahan je la bau durian yangg *&^%%%$ huhu :( 

Ba'da asar, bersurai untuk balik! =) singgah sebentar di Wisma Saberkas *nk beli adapter baru for my notebook* RM109>>>>>>>>RM90! OK I BUY THIS :p hihihihi! Now FYI, using my notebook yang sudah 4 bulan tidak digunakan gara-gara adapter ROSAK :) oh senangnya dalam hati bila menggunakan notebook yang kecil ini :) senang untuk di bawa di mana2. 

ESOK : APA AGENDA ANA?

7.00 am : ayah hantar ke rumah sahabat, Dyg Nuraida di Kpg Panglima Seman
8.30 am : Bertolak bersama Dyg Nuraida dan Muhd Nuaim ke KPSU *meeting*
               Sambungan Gerak Kerja PERGIS 2012
5.00 pm : Driving lesson *misi : menghafal jalan A, B, C yang saya sudah berkali2
              mengelilinginya dan sampai saat ini masih KURANG hafal laluan jalan jalan itu* Ya
              Allah, mudahkanlah untuk hambaMu ini menghafal jalan supaya LULUS JPJ TEST
              rabu nanti. Amin*     

Pabila malam menjelma : >>> melihat sekumpulan baju baju yang sudah menunggu untuk  DILIPAT! ok ok ok. =) lalu membuat muka innocent di hadapan ibu ana *bleh x mun kamek lipat baju tok esok?* huhu. THEN PABILA JUMAAT MENJELMA! LONGGOKAN BAJU SEMAKIN MENINGGI! PADAN MUKA =( huhuhu! ok2. Jgn bertangguh! Huhuhu! 

Both my parents sangat memahami gerak kerja ana di dalam jemaah. Very supportive. Tidak mengongkong :) thax ma n pa! Moga darjat kalian di angkat tinggi di sisi Allah swt. *beberapa hari yang lepas, around 8pm, ana sedang berada di luar menguruskan kerja ana, lalu ada deringan telefon bimbit BARU ana berbunyi ;p RINGTONE itu! MY DAD! ALAMAKKK! "siti, bila nk balit umah? bapak rindu nk jumpa anak bapak tok. hari tok lom sempat gik jumpa kitak" ****** OMG! *SPEECHLESS* GOT TO GO HOME ASAP! huhuhu. immediately ana terus pulang ke rumah! My dad miss me :( huhu. BUT! WAT I LOVE MOST ABOUT MY PARENTS IS, both tidak pernah bising kalau ana bz d luar dengan program2. Hoho. Panggilan telefon la menjadi pengubat rindu bila ana pulang lewat ke rumah :p **awww suwiiittt** guess wat? Parents ana suka SMS ana! hahaha! *suwiittt sgt2* walaupun hari hari jumpa kat umah, bile ana sibuk berprogram di luar, memang x sah kalau x sms! <3 ana bahagia dikurniakan keluarga yang penyayang <3 

Kesibukan ana membuatkan ana lupe tentang perkara perkara lain yang bisa menggoncang iman ini. Hoho. Bahkan ini menjadi penguat untuk ana terus melangkah. ALLAH MAHA MELIHAT, ALLAH MAHA MENDENGAR, ALLAH MAHA MENGETAHUI AND IM HAPPY with what i have now. ALHAMDULILLAH. Never GIVE UP insyaALLAH. Man jadda wa jadda! *hold it tight* day by day, insyaAllah, i grow up stronger =)

***ok2, i need to rest!****

before dat! >>>>

beb n aisyah! eeeeee!!! KIUT!


DIS PIC WAS TAKEN SPECIALLY FOR MY SISTA, AFIQAH! Miss u as much as u miss us! EVEN MORE! :) BITTAUFIQ WANNAJAH FOR UR EXAM! Allah bersamamu :) YAKINLAH. 


****p/s : 


ana jeles enti nak fly x lame lagi! Ana doakan enti berjaya lulus dengan cemerlang untuk peperiksaan enti! *i pon x tauk apa nok di test u ya* =p HOPE U CAN MAKE IT SIS! JAPAN! insyaALLAH, walaupun xda rezeki nk studi sane, later i kawen i bawak my bodyguard ke sane :p * fine fine proud of u sista! mendoakan adik adik yang  lain akan berjaya juga! amin :) *doa mendoakan* sesungguhnya doa adalah perisai setiap mukmin =)

LOVE ALWAYS :* muackss!

                  

 

Pink Girlz Blogger Template | Blogger Clicks Design