Bismillahirrahmanirrrahim
Assalamualaikum wbt
Baru selesai tugasan yang ke 5. Alhamdulillah masih diberi kesempatan ruang dan waktu untuk berkongsi sesuatu di sini. Sebulan lebih dalam madrasah solehah, rasa terkilan sangat sebab masih gagal untuk mencari ruang masa bagi meluahkan apa yang terbuku d hati. InsyaAllah, sedikit perkongsian dari ana mengenai cinta. Luahan yang hadir dari hati berdasarkan pengalaman sebelum ini. Percayalah, seseorang itu lebih banyak belajar dari pengalamannya.
‘Setiap dari anak adam akan melakukan kesilapan, dan sebaik-baik mereka ini adalah yang belajar dari kesilapan’
Mencari atau dicari? If i were to answer dis question, ana lebih suka mencari. Pengalaman mengajar erti kehidupan. Hampir menjangkau usia 21 tahun pada bulan disember nanti, subhanallah, ana bersyukur dikurniakan nikmat Islam yang tidak ada tolak bandingnya dengan nikmat2 yg lain. Islam mengajar ana erti mengenali Tuhan. Tak kenal maka tak cinta. Di sini titik permulaan ana apabila cuba mencari cinta Allah, ana kekadang tewas dengan nafsu sendiri.
Namun, tidak pernah mengenal erti putus asa. Jatuh berkali kali tidak bermakna ana tidak akan bangkit semula. Setiap kali jatuh dan bangkit setelah jatuh, pada ketika itulah kekuatan terbina. Kerana setiap kali ana jatuh, kekuatan untuk bangkit semula adalah pada tahap yang berbeza. InsyaAllah dengan kekuatan yg sedia ada, ana berdoa moga tidak jatuh pada lubang yg sama, yang mana setiap kali ana jatuh, ana memerlukan kekuatan yang berganda untuk bangkit semula.
‘Aku cinta kau krn Allah’. Itulah ungkapan magnet seseorang yang sudah mabuk cinta tetapi mengambil nama ALLAH atas dasar cinta. Wujudkah cinta islamik? Ana tersengih kejap. hehe. Sudah menjadi lumrah seseorang untuk mencintai dan dicintai. Namun adakah dengan agama sebagai landasan, menjadikan percintaan sebelum perkahwinan dihalalkan?
‘Kita couple tapi bukan buat maksiat pun..’
‘Awak, bangun subuh..jgn lambat2kat solat tau…’
Firman Allah S.W.T:
“Dan janganlah kalian mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk.” (Al-Israa’: 32)
Jelas, jangan sesekali mendekati zina. Apatah lagi melakukan zina. Mendekati zina sudah ditegah keras, melakukan zina, tunggu saja azab Allah. Allah menurunkan ayat ini kerana iman manusia ada turun naik nya, kekadang bertambah kekadang berkurang. Mungkin hari ini iman kita setebal tembok batu tapi mungkin keesokannya iman kita menjadi lebih nipis daripada kulit bawang. Bagaimana kita boleh menjamin kekuatan iman kita sedangkan kita mendekati zina?
Bercinta atau lebih tepat ber’couple’ sebelum adanya ikatan perkahwinan yang sah adalah landasan utama yang akan mendekatkan diri kita dengan zina. Bermula dengan perasaan sayang yang konon-konon berlandaskan agama, secara automatik perasaan rindu akan terbit. Rindu ini akan membelenggu minda dan menjadikan kita alpa. Setiap hari akan memikirkan tentang si dia yang belum halal dan di sini terbitnya maksiat hati. Dari maksiat hati ini akan asyik nak fikir je pasal dia.
‘macam mana nak cakap dengan dia ni? Aku sayang dia!’
‘kalau minta ‘break’, nanti dia sanggup tunggu aku ke?’
‘tak apa kot, kami bukan macam pasangan lain,kami jaga pergaulan walaupun ‘couple’
‘kita couple ni kan sebab nak berubah sama-sama. Tak salah..’
Sahabat, andai percintaan ini berjaya berakhir dengan pernikahan yang sah sekalipun ia terbina atas dasar maksiat. Kesannya?. Nauzubillah! Hanya Allah sahaja yang mengetahui segala-galanya.
Menolak cinta sebelum adanya pernikahan yang sah tidak bermakna kita perlu beserah 100% tanpa usaha. Usaha yang perlu kita lakukan adalah dengan menjadi hamba Allah yang terbaik dan sentiasa berdoa kepada-Nya. Sebagaimana janji Allah yang berbunyi, Allah menciptakan lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik. Begitulah juga sebaliknya.
Firman Allah di dalam Surah An-Nur:
“dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).” (Al-Nur 24 :26)
Ana yakin dan percaya, bahawa Allah itu Maha Adil. Untuk mendapat yang terbaik, kita terlebih dahulu perlu menjadi yang terbaik. Dalam hati, mahu calon suami yang hebat, yang tak pernah tinggal solat, lemah lembut, caring, loving. Tapi diri sendiri masih melewat-lewatkan solat, kekadang solat kekadang tidak, ikut mood la konon. Masih bercakap kasar..megumpat. Tepuk dada tanya iman. Teringat kata-kata Dr. Fadhillah Kamsah, kenapa masih x dapat orang yang benar2 kita nak? sebab hati tak bersih. SEBAB HATI TAK BERSIH! hoho. Terkesan sangat dengan kata-kata ini. Memang benar. Sebab hati tak bersih, susah untuk kita menerima dan org menerima kita.
Untuk sabar dan menolak sesuatu yang telah menjadi ‘realiti kehidupan’ ini memang pahit, tapi yakinlah bahawa buahnya sangat manis. Sekiranya datang kepadamu seorang lelaki yang soleh, maka kahwinilah dia. Tapi, jika pada waktu itu anda masih mempunyai komitmen yang lain, belajar contohnya. Seelok-eloknya, fikir masak-masak. Adakah anda dapat menjaga hati ini untuk tidak jatuh dalam lembah kemaksiatan. Maksiat hati itu, adalah yang paling susah dikawal. Yakin pada Allah, bahawa Dia akan mengurniakan kita jodoh yang terbaik sekiranya kita berusaha untuk menjadi HAMBA yang terbaik di sisiNya.
MAKSIAT memiliki pengaruh bahaya dan buruk bagi hati serta fizikal manusia. Antara pengaruh buruk serta bahaya dosa, ia akan memadamkan cahaya ilmu yang dikurniakan Allah dalam hati. Imam Malik pernah mengagumi kecerdasan Imam Syafie yang masih muda, memiliki ketajaman otak dan kesempurnaan pemahaman.
Imam Malik berkata: “Aku melihat Allah meletak cahaya dalam hatimu, kerana itu jangan kamu padamkan dengan kegelapan maksiat.”
Insya-Allah! Jom! Kita sibukkan diri agar dapat kuatkan diri dan hati. Mari! Kita ubah prinsip, andai sebelum ini kita jadikan agama landasan untuk menghalalkan apa yang haram, sekarang kita jadikan agama sebagai landasan menolak untuk mengadakan hubungan percintaan sebelum pernikahan. Ayuh semua sekali! Kita abadikan doa ajaran Rasulullah ini dalam sujud ;
“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang bertaqwa” (Al-Furqan 25:74″)
Ingatlah! percintaan selepas adanya ikatan perkahwinan yang sah akan mendapat keberkatan Allah, mawaddah warahmah akan kekal subur dan sentiasa mekar dalam keberkatan.
Wallahualam =)
” jaga diri, jaga iman “