kuning kuning




Top List!


Get spotted HERE!

Jom Poret!

Widget

Thursday 15 March 2012

Kita Perlu Bercinta


Bismillahirahmanirrahim
Asslamualaikum wbt

Ramai orang berpandangan: “Kita perlu bercinta untuk mengenal pasangan, tanpa perkenalan, mustahil cinta bertandang. Tanpa percintaan, mustahil keserasian dikesan.” Mereka sebenarnya terlepas pandang. Dalam Islam ada Taaruf dalam tempoh risik dan bertunang yang melibatkan MAHRAM bukan berdua-duaan..
Taaruf itulah mendedahkan keserasian, cuma takrif ‘taaruf’ dan ‘serasi’ dalam fikiran manusia berlainan. Islam mengajar manusia taaruf yang ada sempadan, terpelihara dan terjaga dari kemaksiatan, bukan taaruf melalui bercinta sakan.
Islam mengajar serasi dengan ajaran Tuhan, bukan serasi dengan kehendak pasangan. Cinta ar-Rahman menjana kebahagiaan, lantaran itulah batasanNya tidak boleh dipermainkan.
Di saat engkau meminta diri ini, lihatlah agama yang ada dalam diriku..
Kerana aku akan mendidik bakal-bakal zuriatmu kelak..
Jangan kau pandang akan kecantikan luaran yang ALLAH anugerahkan ini..
Kecantikan luaran ini ada pada setiap wanita, tetapi aku menjaga dalamanku..
Supaya keredhaan ALLAH selalu bersamaku walaupun aku terluka..
Andai engkau bakal menjadi imam pada solat malamku..
Bimbinglah aku menjadi yang terbaik untuk keluarga dan agama..
Andai hilang rasa cinta dan kasihmu terhadap diri ini..
Ingatlah bahawa ini amanah ALLAH terhadapmu..

p/s : bercinta selepas berkahwin! AYUH!

 

Pink Girlz Blogger Template | Blogger Clicks Design